CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6031|Reply: 84

[Tempatan] Suami isteri dipercayai dibunuh, anak temui mayat dalam keadaan tragis

[Copy link]
Post time 14-1-2026 02:05 PM | Show all posts |Read mode
SRI AMAN - [KEMAS KINI] Pasangan suami isteri ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tragis oleh anak mereka sendiri di sebuah rumah di kawasan taman perumahan di sini pada Rabu.

Menurut maklumat yang tular, mangsa merupakan seorang guru manakala isterinya bertugas sebagai jururawat.

Mayat kedua-duanya ditemui di dalam bilik tidur oleh anak mereka yang sedang bersiap ke sekolah pada waktu pagi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa tersebut.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan pasangan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius pada bahagian tubuh pada jam 6.55 pagi.

"Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama pegawai perubatan dari Hospital Sri Aman segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan awal mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa, iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun dan isterinya berumur 44 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Motif serta punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengumpul bukti serta keterangan saksi sedang giat dijalankan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Kalang di talian 019-331 7785 atau pusat kawalan daerah IPD Sri Aman atau balai polis berdekatan.

Sementara itu, Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam hantarannya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga guru besar di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu, cikgu Andy Roy Anak Junran yang telah meninggal dunia pada Rabu.

"Jabatan ini kehilangan seorang pemimpin sekolah yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan dan amanah dalam meningkatkan serta memartabatkan pendidikan negara.


"Semoga mendiang bersemadi dengan aman dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan dan ketabahan. Semoga dipermudahkan semua urusan," tulis hantaran itu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2026 02:06 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 02:11 PM | Show all posts
kesian nye anak
pagi pagi cari mak ayah agak nya tak keluar bilik dah nak pergi sekolah, jmpa pulak mak ayah dah meninggal luka teruk macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 02:29 PM | Show all posts
imthegirl replied at 14-1-2026 02:11 PM
kesian nye anak
pagi pagi cari mak ayah agak nya tak keluar bilik dah nak pergi sekolah, jmpa pulak  ...

traumanya la si anak...
berapala umur anaknya.. ada kemungkinan sekolah rendah jugak since pak dia baru 45..
ah tak kisahla anak sekolah menengah pon tetap akan trauma tengok mak pak jadi mcm tu..
siapala punya angkara
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.. rest in peace
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2026 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...
Kesiannya harus trauma tu. Tp sib baik gak le anak selamat tak diapa2kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah, apa la agaknya punca kejadian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih iols tgk fb dia
Baru je dilantik jadi pengetua baru kat sekolah baru 5/1 hari tu
Anak dia 3 org semua masih sekolah lagi yg sulong form 5 yg bongsu darjah 3.
Baru je bertugas 2 hari dah jadi gini
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 14-1-2026 02:29 PM
traumanya la si anak...
berapala umur anaknya.. ada kemungkinan sekolah rendah jugak since pak di ...

Iols baca komen tp dlm bhs sarawak agak2 jela dorang mcm sebut yg jumpa tu hat bongsu yg darjah 3 tu. 2 org lagi dah sekolah menengah yg sulong form 5.
Sbb post dia kat fb masa tgh beli baju sekolah anak yg bongsu tu ramai netizen duk komen2 tp tulaa susah nk fhm rata2 komen dlm bhs swak.
Kena tunggu update berita seterusnya laa anak yg mana jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 14-1-2026 07:26 PM
Sedih iols tgk fb dia
Baru je dilantik jadi pengetua baru kat sekolah baru 5/1 hari tu
Anak dia 3 or ...

Kesiannya..apa la motif tu..kesian sgt2 kat anak2 mendiang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Boleh trauma si anak tengok parents dalam keadaan macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada anak2 .. yang sulung nak
Spm tahun ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah.
Kesian anak2 hilang ibubapa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 14-1-2026 02:29 PM
traumanya la si anak...
berapala umur anaknya.. ada kemungkinan sekolah rendah jugak since pak di ...

Klu tak silap ada bca kat fb.. 3 orang mereka.. 2 orang sekolah menengah n 1 sekolah rendah.. Tak tau betul ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Farnor replied at 15-1-2026 12:04 AM
Klu tak silap ada bca kat fb.. 3 orang mereka.. 2 orang sekolah menengah n 1 sekolah rendah.. Tak  ...

Bak aku jadi Nancy Drew sat.  Awat takde kesan break in?  Peiik tak?  Pembunoh panjat atap pastu burjaya escape ikot mana??  Dah memang ade spare key ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari fesbuk:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 14-1-2026 07:31 PM
Kesiannya..apa la motif tu..kesian sgt2 kat anak2 mendiang..

Pulis tak update pasal motif lg
Tu pun dh ada yg kat fb sus pasal plot twist bagai
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
I pun curious dgn kes ni
I baca news,Takde sign of break in

Kids tak dgr apa2 ke mlm tu?
The couple ada enemies ke?

Betul betul curious
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:44 AM | Show all posts
kesiannya anak mendiang trauma jumpa parents cenggitu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.355489 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list