CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 43|Reply: 0

[Sarawak] Misi menyelamat dan penghantaran bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir di Bintulu dilancarkan

[Copy link]
Post time 14-1-2026 02:01 PM | Show all posts |Read mode


Nixon (kiri) bersama pegawai-pegawai kanan polis Bintulu melawat mangsa banjir di PPS Dewan Suarah Bintulu.-Gambar PDRM Bintulu

BINTULU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM), Pejabat Daerah Sebauh, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Zon Bintulu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kebajikan Malaysia(JKM) telah mengadakan misi menyelamat dan penghantaran bantuan bekalan makanan kepada mangsa terjejas banjir pada Selasa.

Turut diadakan adalah pemantauan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu, PPS Balai Raya Sebauh dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh.

Jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Bintulu berkata, misi menyelamat yang menggunakan jalan air memfokuskan kepada petempatan penduduk yang terletak di sepanjang Sungai Kemena hingga ke Kuala Sungai Pandan serta kawasan Sungai Sebauh dan Sungai Binyo.

"Penduduk di sepanjang pesisiran sungai di daerah ini juga menerima kunjungan bermakna menerusi misi bantuan bekalan makanan yang diketuai oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Residen Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti, Pegawai Daerah Sebauh Thadeus Ling Bartholomew Allu dan Setiausaha Politik Premier Sarawak Collin Pattan," tambah kenyataan tersebut hari ini.


Dr Rundi (tengah) bersama Nyurak (kanan), Thadeus (kiri) bersama anggota agensi penyelamat mengeluarkan barang bantuan bekalan makanan untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir di Sebauh.-Gambar PDRM Bintulu

Katanya, penduduk di kawasan berisiko dan petempatan rendah diingatkan agar sentiasa peka dengan amaran cuaca semasa, segera berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa dan memastikan dokumen penting disimpan di tempat selamat atau mudah untuk dicapai untuk diselamatkan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Nixon Joshua Ali bersama pegawai-pegawai kanan polis Bintulu turut mengadakan lawatan dan pemantauan ke PPS Dewan Suarah, PPS Balai Raya Sebauh serta PPS SMK Sebauh pada Selasa.

Setakat Rabu katanya, keadaan di PPS terbabit dilaporkan terkawal dan bekalan makanan serta keperluan asas mencukupi untuk semua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut.

Selain itu katanya, rondaan keselamatan PDRM Bintulu turut dipertingkatkan untuk menjaga harta benda penduduk di kawasan yang terjejas dengan banjir.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.043056 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list