CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 39|Reply: 0

[Sarawak] Beberapa laluan dan kawasan rendah di Ulu Mukah dinaiki air susulan hujan berterusan

[Copy link]
Post time 14-1-2026 01:56 PM | Show all posts |Read mode


Air banjir menggenangi kawasan sekitar SK Nanga Kua, Selangau.

SELANGAU: Beberapa laluan dan kawasan rendah di Ulu Mukah, di sini, dilaporkan dinaiki air susulan hujan berterusan sejak malam Selasa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, keadaan tersebut bagaimanapun masih terkawal setakat pemantauan yang dijalankan pada pagi Rabu.

Menurut beliau, kawasan terlibat meliputi laluan jalan menuju ke Rumah Seli, Ulu Mukah serta Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Kua yang dikenal pasti sebagai antara lokasi berisiko dinaiki air ketika musim hujan.

Katanya, rondaan awal yang dijalankan bermula jam 7.10 pagi mendapati paras air di beberapa lokasi menunjukkan trend menaik, namun masih belum menjejaskan keselamatan penduduk setempat.

“Di Jambatan Sungai Luam, paras air direkodkan pada paras buku lali di atas jambatan dan masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan berbeza dikesan di Jambatan Sungai Mejat apabila paras air dianggarkan setinggi kira-kira satu meter di atas jambatan dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Menurut Luke, situasi tersebut berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sepanjang malam sehingga menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air secara berperingkat.

Sementara itu, tinjauan turut dijalankan di SK Nanga Kua sekitar jam 8.38 pagi bagi menilai tahap keselamatan serta operasi sekolah susulan peningkatan paras air di kawasan sekitar.

Hasil pemantauan mendapati paras air di kawasan rendah sekitar sekolah berada pada anggaran antara 0.07 meter hingga 0.37 meter, namun tidak melibatkan sebarang struktur bangunan sekolah.

Beliau memaklumkan bahawa operasi sekolah diteruskan seperti biasa dan keadaan di lokasi masih berada dalam keadaan terkawal tanpa sebarang ancaman keselamatan kepada warga sekolah.

Luke turut berkata, kesemua penduduk serta rumah panjang di kawasan tebing Hulu Sungai Batang Mukah tidak terjejas dan situasi setakat ini dilaporkan stabil.

Operasi pemantauan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Selangau melibatkan seorang pegawai dan tiga anggota dengan sokongan sebuah kenderaan pacuan empat roda serta peralatan keselamatan.

“APM Selangau akan terus menjalankan rondaan dan pemantauan berkala di kawasan berisiko bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin serta bersedia mengambil tindakan lanjut sekiranya keadaan bertambah buruk,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050892 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list