CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 43|Reply: 0

[Pulau Pinang] PPM rampas mercun, bunga api bernilai RM131,650 di Juru

[Copy link]
Post time 14-1-2026 12:58 PM | Show all posts |Read mode
PPM rampas mercun, bunga api bernilai RM131,650 di Juru

Nur Izzati Mohamad[email protected]





PELBAGAI jenis mercun dan bunga api bernilai RM131,650 yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang dan D9 IPD Seberang Perai Tengah dalam serbuan ke atas sebuah lori di tepi jalan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Arah Utara. FOTO Ihsan PPM




Bukit Mertajam: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM131,650 dalam serbuan ke atas sebuah lori di tepi jalan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di sini, semalam.

Serbuan jam 2 petang dilakukan bersama Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah itu turut menahan lelaki tempatan berusia 56 tahun.

Pemangku Komander PPM Wilayah Satu, Superintendan Fakharuddin Amri Sanusi berkata, serbuan dijalankan berdasarkan hasil maklumat awam berkaitan aktiviti pengedaran mercun dan bunga api tanpa permit sah.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori dipandu seorang lelaki menemui 206 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM131,650.

"Lelaki itu ditahan kerana gagal mengemukakan lesen atau permit penyimpanan bahan letupan yang sah.

"Selain rampasan pelbagai jenis mercun dan bunga api, kita turut menyita sebuah lori lima tan dianggarkan bernilai RM80,000 menjadikan jumlah keseluruhan rampasan berjumlah RM211,650," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki, menyimpan atau mengawal bahan letupan tanpa kebenaran yang sah.



Disiarkan pada: Januari 14, 2026 @ 12:48pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1310709/ppm-rampas-mercun-bunga-api-bernilai-rm131650-di-juru




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.055811 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list