|
View: 409|Reply: 0
|
[Tempatan]
4 ditahan ketika pindah lebih 100,00 liter diesel ke treler Thailand
[Copy link]
|
|
|
bharian.com.my
Januari 14, 2026 @ 12:16pm

Aktiviti memindahkan diesel dari tangki skid ke treler dikesan di sebuah premis perniagaan di Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah. - Foto ihsan Pasukan Polis Marin
BUKIT KAYU HITAM: Tiga warga Thailand antara empat ditahan ketika masing-masing sedang sibuk memindahkan diesel dari tangki skid ke sebuah treler di Sungai Laka, dekat Kubang Pasu semalam.
Semua empat lelaki berusia 26 hingga 60 tahun itu ditahan hasil Operasi Taring Landai (Intra Agensi) membabitkan Unit Risikan Marin (URM) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kedah pada jam 7.30 pagi.
Pemangku Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Pemangku Superintendan Fakharuddin Amri Sanusi, berkata ketika serbuan, pasukan operasi mengesan aktiviti pemindahan diesel secara tidak sah daripada beberapa buah tangki skid ke dalam treler bernombor pendaftaran Thailand.
"Pemeriksaan lanjut mendapati semua empat individu terbabit gagal mengemukakan dokumen atau kebenaran sah berkaitan pemilikan serta pemindahan minyak diesel.
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1.1 juta termasuk kira-kira 100,013 liter diesel, tiga unit mesin pam minyak bermeter dan tiga lori treler," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan semua tangkapan serta barang rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan lanjut.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|