CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 899|Reply: 19

[Jenayah] Penganggur 26 rekod lampau ditahan bakar 6 rumah

[Copy link]
Post time 14-1-2026 12:10 PM | Show all posts |Read mode
KLANG – Seorang lelaki yang mempunyai 26 rekod lampau ditahan selepas dipercayai melakukan khianat dengan api sehingga menyebabkan kebakaran enam buah rumah di Kampung Johan Setia di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang membabitkan dua lokasi berasingan dengan jarak kira-kira 500 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamal Arifin Aman Shah berkata, kebakaran rumah itu melibatkan
dua lokasi berasingan dengan jarak kira-kira 500 meter.

Katanya, sebuah rumah terbakar di lokasi pertama manakala lima lagi di lokasi kedua dengan kebakaran berjaya dikawal bomba dalam tempoh dua jam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Suspek warga tempatan berusia 44 tahun yang juga penganggur berjaya ditangkap di lokasi kejadian. Semakan mendapati suspek mempunyai 26 rekod lampau dengan 15 daripadanya berkaitan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini

Jelas beliau, permohonan reman akan di Mahkamah Klang hari ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Dawrah ini di talian 03-3376 2222 atau hadir mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Layak untuk ditidurkan. Simpan dalam penjara pun takde guna.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Scary ok.. arsonist ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa…tgk la video kebakaran tu smlm, ingatkan terbakar, rupanya dibakar
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain banyak rekod ko pak cik,berkait dadah ke,sampai abis umah org ko bakar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2026 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ya allah ,xpsl harta benda org musnah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 04:40 PM | Show all posts
ada masalah mental ke apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 05:35 PM | Show all posts
Selepas hampir 5 thn program PICK byk kesan2 sudah nampak termasuk manusia hilang pertimbangan ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila meninggal. Dgn org nak sambut ramadan lagi. Last2 tak de rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua orang gila tolong lah asing kan dari orang awam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian mangsa2 rumah terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-1-2026 07:16 PM
Semua orang gila tolong lah asing kan dari orang awam.

Ipls sokong...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Klang ke.. ok tau dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian untuk mangsa² yang terlibat. Semoga dipermudahkan urusan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok.la.mati.bang
Hidup pung takde guna..
Menyusahkan orang
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya rumah adik beradik dia sndr
Mintak duit tak dapat kah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:30 AM | Show all posts
pendadih ke pakcik tu? kesian jiran yg x bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:54 AM | Show all posts
Moga hukum gantung sehingga mampus..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.064633 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list