CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 37|Reply: 0

[Sarawak] 10 PPS masih aktif di Sarawak menempatkan 1,658 mangsa

[Copy link]
Post time 14-1-2026 08:58 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Terdapat 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif di Sarawak menempatkan 1,658 mangsa setakat jam 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan 10 PPS itu melibatkan kawasan Serian, Sibu, Bintulu dan Sebauh.

"Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan penurunan sedikit setakat jam 4 petang ini, dengan 1,658 mangsa daripada 511 keluarga masih berlindung di PPS berbanding 1,773 daripada 560 keluarga pada sebelah pagi, " katanya dalam satu kenyataan.

Antara PPS menempatkan mangsa paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian dengan 448 mangsa daripada 131 keluarga, Dewan Masyarakat Serian (311 mangsa daripada 91 keluarga) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (262 mangsa daripada 84 keluarga).

Selain itu, PPS Dewan Sri Kemena Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh menempatkan 164 mangsa daripada 53 keluarga,” menurut makluman itu.

Bencana banjir di Sarawak kali ini bermula pada 31 Disember tahun lepas, apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.042782 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list