CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 38|Reply: 0

[Sarawak] Kerangka kawal selia operasi petroleum, Sarawak serah kepada Mahkamah Persekutuan putuskan

[Copy link]
Post time 14-1-2026 08:54 AM | Show all posts |Read mode


Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan permohonan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) berhubung kerangka kawal selia operasi petroleum di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata, beliau bagaimanapun tidak akan mengulas lanjut perkara itu kerana ia membabitkan kedua-dua kerajaan iaitu persekutuan dan negeri.

“Saya tiada komen. Mereka berkehendakkan arahan daripada mahkamah, jadi biarlah mahkamah menentukan,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PETRONAS memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bertujuan mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak.

Abang Johari menyifatkan tindakan PETRONAS memohon penjelasan melalui mahkamah adalah perkara biasa dan tidak memberi kesan besar buat masa ini.
“Mungkin mereka mahukan kejelasan. Pada akhirnya, penyelesaian perlu dicapai,” ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan keputusan mahkamah menentukan hala tuju hubungan antara PETRONAS dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Abang Johari menegaskan Sarawak akan akur kepada keputusan kehakiman.

“Semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah. Kita (Sarawak) ikutlah ‘Rule of Law,” katanya.

Semalam, PETRONAS memfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak.

PETRONAS dalam kenyataan berkata, permohonan berkenaan difailkan dengan tujuan memastikan PETRONAS terus beroperasi selaras dengan kerangka kawal selia serta amalan tadbir urus yang baik.

Menurutnya, permohonan tersebut tidak berhasrat untuk mencabar aspirasi pembangunan Sarawak mahupun menghalang peranan yang dimainkan PETROS dalam sektor tenaga di negeri tersebut.

"Keputusan memfailkan usul tersebut dibuat susulan perbincangan serta rundingan yang berjalan sejak tahun 2024 bersama PETROS dan kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri.

"Meskipun terdapat kemajuan yang telah dicapai dalam rundingan komersial dan perkongsian, termasuk pemeteraian Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) pada tahun 2020, namun masih terdapat perbezaan pendapat berhubung kerangka kawal selia yang terpakai kepada PETRONAS," katanya.

Sehubungan itu katanya, semua pihak digesa menghormati proses perundangan serta peranan sistem kehakiman negara dalam meneliti perkara tersebut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.046666 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list