|
View: 999|Reply: 5
|
[Dunia]
Padah kekasih tunjuk prihatin tak kena tempat, jururawat digantung tugas
[Copy link]
|
|
|
Qingdao: Seorang jururawat di sebuah hospital swasta di sini berdepan tindakan disiplin selepas membenarkan teman lelakinya menemaninya bertugas ketika syif malam, lapor South China Morning Post.
Tindakan itu terbongkar selepas jururawat di sebuah hospital itu memuat naik rakaman video di media sosial bagi menunjukkan keprihatinan kekasihnya.
Video kontroversi yang tular pada 2 Januari lalu memaparkan teman lelakinya turut membantunya melaksanakan tugasan perubatan bersama jururawat terbabit.
"Saya dan teman syif malam saya," tulis jururawat terbabit dalam kapsyen video berkenaan yang kemudiannya mengundang kecaman hebat netizen.
Menurut laporan, teman lelakinya yang bekerja pada waktu siang dilaporkan sering datang ke hospital pada waktu malam semata-mata untuk menemaninya bertugas.
ADVERTISEMENT
Tech stock video 3 5Feb25Tech stock video 3 5Feb25
Rakaman berkenaan mendedahkan lelaki terbabit berada di hospital dalam tempoh kerap berdasarkan pertukaran pakaian yang berbeza dalam beberapa klip video.
Lebih mengejutkan, lelaki terbabit melakukan kerja klinikal termasuk menulis laporan pesakit bagi pihak jururawat berkenaan.
Lelaki terbabit turut dirakam menyentuh komputer hospital selain membantu menyediakan ubat-ubatan serta melabel botol titisan intravena (IV) untuk pesakit.
Pemerhati dalam talian melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit dan mempersoalkan siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan pemberian ubat.
Susulan penularan video itu, jurucakap hospital mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci dan menyifatkan insiden itu sebagai serius.
Hospital turut menyatakan rasa kesal dengan tindakan jururawat terbabit yang dianggap tidak menggunakan akal fikiran ketika menjalankan amanah sebagai petugas perubatan.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Qingdao, jururawat terbabit kini sudah digantung tugas secara rasmi atas kesalahan melanggar disiplin kerja.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa garis dasar keselamatan perubatan tidak boleh dikompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana petugas yang melanggar peraturan.
Disiarkan pada: Januari 13, 2026 @ 9:00pm

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ngongkek pun sempat kot
yang itu dia tak bangga ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aik ..x de ran setugas or guard yang perasan kah?
macam2 ya
kat msia boleh menyamar jadi doc
gigih nk buat video
kan dah kena tindakan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sataff nurse lain mana..memang tak ada rakan sekerja ke |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|