CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 2304|Reply: 48

[Jenayah] Kes Nur Farah Kartini: Jabatan Peguam Negara tolak representasi lans koperal

[Copy link]
Post time 14-1-2026 07:36 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan seorang anggota polis untuk mengkaji semula pertuduhan membunuh lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah ke atasnya, dua tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya, Maizatul Munirah Abdul Rahman memaklumkan perkara itu pada sebutan semula kes melibatkan Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 28, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Adlin Abdul Majid.

"Oleh itu, kami memohon tarikh bicara dengan 20 saksi akan dipanggil dalam perbicaraan yang akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan,” katanya.

Peguam Aida Jaafar Mad Ariff yang mewakili Muhammad Alif memaklumkan akan menghantar representasi kedua dalam masa terdekat bagi meneliti semula pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan perbicaraan berlangsung pada 16, 17,18,19, 23, 24, 25, 26 dan 30 November serta 1, 2, 3, 7 dan 8 Disember selain 7 April untuk pengurusan kes.

Menurut pertuduhan, Muhammad Alif didakwa membunuh Nur Farah Kartini, 26, di Ladang SKC, Kledang, Mukim Hulu Bernam antara 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor. - Bernama





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh ramai betol yang dahi lebam keluar masok mahkamah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:47 PM | Show all posts
Yang polis pakai tu uniform apa eh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:51 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-1-2026 12:47 PM
Yang polis pakai tu uniform apa eh?



sendiri jawab

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 07:41 AM | Show all posts
kuyus dah walaupun makan preeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:56 AM | Show all posts
physically nmpk fit

tp mata tu

pandangan die mcm holding back of something

mcm trapped pun ye



gitu assessment based on 1 picture
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2026 09:31 AM | Show all posts
sblm ni dahi hitam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 11:57 AM | Show all posts
kes ni boleh lepas
takdak eye witness pun
ko tengok jela nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 15-1-2026 11:57 AM
kes ni boleh lepas
takdak eye witness pun
ko tengok jela nanti

lepas kt dunia jer.........ayat  'skema'...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:15 PM | Show all posts
part dahi hitam tu, aku geli baca komen netizen yg bersimpati pada dia konon dia dalam penjara tu Allah beri peluang nak beribadat, boleh sujud lama2 sampai hitam dahi.  Wei kalau betul2 dia ni dah insaf, takdenye dia ni mengaku TAK BERSALAH membunuh anak orang ni. betul la takde saksi depan mata tapi byk bukti menjurus pada dia, motif pun dah ada.  tak paham netizen malaysia ni makin lama makin bodoh, suka suka je nak backup pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nur Farah Kartini tu kacau laki orang.... Gigih pula back up arwah tu kenapa???
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 10:04 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 15-1-2026 04:58 PM
Nur Farah Kartini tu kacau laki orang.... Gigih pula back up arwah tu kenapa???

sape pulak backup nyahhh

org duk tekankan jenayah si pelaku ni



uol nk kata justified ke dgn ape yg die kena sbb sheol kacau laki orang?

serious arrr


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 16-1-2026 10:04 AM
sape pulak backup nyahhh

org duk tekankan jenayah si pelaku ni

What goes around comes around.

Kalau orang tengah marah pun akan boleh sebut bunuh... Dan Farah Kartini jenis mencabar sebab fikir dia tidak akan dibunuh, kerana suspek seorang Anggota Polis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 15-1-2026 08:56 AM
physically nmpk fit

tp mata tu

Muka dia macam puas dapat bunuh Nur Farah Kartini yang bersifat Narcisstic.

Kalau tak, berapa ramai lagi lelaki yang akan jadi mangsa Narcisstic Nur Farah Kartini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 11:09 AM | Show all posts
annehuda replied at 15-1-2026 02:15 PM
part dahi hitam tu, aku geli baca komen netizen yg bersimpati pada dia konon dia dalam penjara tu Al ...

Belum kena lagi ahli keluarga dibunuh, bolehlah cakap macam tu. Cuba kalau ada ahli keluarga yang dibunuh, tak adanya memasing nak backup OKT.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 11:11 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 16-1-2026 10:47 AM
Muka dia macam puas dapat bunuh Nur Farah Kartini yang bersifat Narcisstic.

Kalau tak, berapa ra ...

Macam mana u tahu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2026 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
noorhairiahma replied at 16-1-2026 11:11 AM
Macam mana u tahu?

Kan dia ugut ugut suspek nak bongkar semua nya pada isteri dan keluarga suspek di Melaka.

Kalau orang tu jenis suka mengugut ugut ko jangan percaya lah.

Kalau si Farah Kartini perempuan baik, ko blah je la dari suspek, kenapa nak ugut... Umur pun masih muda fikiran macam budak budak, belum matang.

Dia fikir polis tu tak membunuh. Atau Farah Kartini fikir diri dia kuat sebab perempuan suspek tak boleh bertindak luar batas.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
noorhairiahma replied at 16-1-2026 11:09 AM
Belum kena lagi ahli keluarga dibunuh, bolehlah cakap macam tu. Cuba kalau ada ahli keluarga yang  ...

Keluarga kamu pernah kena bunuh kah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 16-1-2026 12:37 PM
Kan dia ugut ugut suspek nak bongkar semua nya pada isteri dan keluarga suspek di Melaka.

Kalau  ...

Aku dah lama perati ang. Ang pun narc jugak sbnrnye. Antaranya ang sejenis terpaling betul. Kalau ikut logik ang tu, ang pun patut kena bunuh jugakla supaya takde netizen yg sakit ati ngan perangai ang yg narc tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 16-1-2026 01:16 PM
annehuda replied at 16-1-2026 01:05 PM
Aku dah lama perati ang. Ang pun narc jugak sbnrnye. Antaranya ang sejenis terpaling betul. Kalau  ...


Ada ke aku ugut ugut orang. Aku tak ugut pun orang macam Farah Kartini tu.

Dah la penyondol, nak ugut ugut orang... entah entah dia cabar polis tu bunuh dia.

Nama je Islam, tapi keluar dengan bukan muhrim. Perangai pun munafiq. Islam tu dah elok turun cantik, berkitab untuk baca fahamkan Fekah. Tapi tak nak ikut jugak. Ko ingat Farah Kartini aman ke kat kubur tu. Siapa siapa tak belajar Fekah dalam masa 40 hari semasa hidup kena bantai dengan malaikat nanti di Kubur.. lagi mati dalam keadaan mati dan dosa hampiri zina.

Berapa banyak dosa tu si Farah Kartini ni Buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.098653 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list