CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 2

[Kedah] 'Potongan tinggi, apa yang tinggal untuk kami?'

[Copy link]
Post time 14-1-2026 02:38 AM | Show all posts |Read mode
'Potongan tinggi, apa yang tinggal untuk kami?'

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
13 Januari 2026 09:00am





Petani mengharapkan kerajaan campur tangan berhubung peningkatan potongan pemutuan yang semakin meningkat.




MERBOK – Kerajaan diminta campur tangan segera berhubung peningkatan kadar potongan pemutuan padi sehingga mencecah 24 peratus yang didakwa terlalu tinggi dan membebankan pesawah.

Seorang pesawah, Mohammad Rashid Md Isa, 62, dari Sungai Gelam berkata, kadar potongan itu meningkat ketara berbanding musim lalu yang hanya sekitar 17 hingga 20 peratus.


“Musim lepas, potongan sekitar 17 peratus, namun awal tahun ini kami terkejut apabila potongan mencecah sehingga 24 peratus.

“Perkara ini turut menjadi keluhan ramai pesawah lain kerana ia memberi kesan langsung kepada pendapatan kami,” katanya.


Mohammad Rashid berharap isu berkenaan diberi perhatian serius dan semakan dibuat memandangkan kos mengerjakan sawah ketika ini juga semakin meningkat.

Sementara itu, Azman Ahmad, 55, dari Kota Kuala Muda berkata, potongan tinggi berkenaan memberi tekanan kepada pesawah apabila pendapatan yang diperoleh semakin mengecil.

“Kami bimbang perkara sama akan turut dihadapi pesawah di kawasan lain yang kini sedang menunggu musim menuai.

“Kami bersusah payah mengerjakan sawah untuk menyara keluarga, ada pula yang mengusahakan sawah berskala kecil.

Apabila potongan terlalu tinggi, berapa banyak keuntungan yang tinggal,” katanya.

Seorang lagi pesawah, Abdul Mutalib Darus, 71, dari Merbok, menggesa agar pemantauan dilakukan supaya potongan pemutuan tidak dibuat secara keterlaluan sehingga menekan golongan pesawah.

Menurutnya, pesawah telah melalui pelbagai cabaran pada musim ini termasuk menanggung kos tinggi bagi kerja membajak, pembelian benih, pembajaan, racun, selain upah menuai dan kos pengangkutan padi ke kilang.

“Kini kami terpaksa berdepan pula dengan potongan tinggi.

Apa keuntungan yang tinggal untuk kami, hanya penat bekerja sedangkan keuntungan lebih dinikmati pihak pengilang,” katanya.


Dalam perkembangan sama, Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, keadaan itu menjejaskan pendapatan pesawah yang sebelum ini sudah menanggung kos operasi yang semakin meningkat.

“Kita akan memanjangkan aduan ini kepada pihak berkaitan supaya satu penyelesaian tuntas dapat dicari.

“Dalam masa sama, pihak terlibat diharap lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan petani tertekan akibat pendapatan mereka terjejas,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/763789/edisi/utara/potongan-tinggi-apa-yang-tinggal-untuk-kami


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2026 02:39 AM | Show all posts

Mohamad Rashid (kiri) dan Azman


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2026 02:39 AM | Show all posts

Abdul Rashid


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.056446 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list