Edited by FOTHER-MUCKER at 13-1-2026 09:30 AM
Enam rumah setinggan musnah di Seputeh PETALING JAYA: Enam rumah setinggan musnah dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Klang Lama, Taman Hock Ann, Seputeh pagi ini.
Menurut Komander Operasi Kanan, Mohd Suhaimi Mohd Razali, seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 50 tahun dilaporkan melecur tahap satu segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.11 pagi, sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Seputeh dengan bantuan BBP Hang Tuah dan BBP Pantai ke lokasi kejadian.
“Kebakaran berjaya dikawal sekitar 10 pagi dan dipadam sepenuhnya pada pukul 10.45 pagi,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN
https://www.facebook.com/reel/25684220994599005/?fs=e&fs=e
|