CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 50|Reply: 0

[Pulau Pinang] 6 ditahan terbabit pergaduhan di Jalan Ho Tiang Wan

[Copy link]
Post time 13-1-2026 07:05 PM | Show all posts |Read mode
6 ditahan terbabit pergaduhan di Jalan Ho Tiang Wan

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





TANGKAP layar video tular pergaduhan sekumpulan individu yang membawa kepada tangkapan enam lelaki.




Georgetown: Polis menahan enam lelaki tempatan, disyaki terbabit dengan pergaduhan di tepi Jalan Ho Tiang Wan di sini, Ahad lalu.

Video mengenai pergaduhan itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia antara 23 hingga 52 tahun ditahan di Jalan Madras, di sini pada 3.30 pagi, hari kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Rozak berkata, siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham dan suspek direman tiga hari.

"Empat daripada enam suspek dituduh mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar, manakala baki dua lagi suspek dijadikan saksi pendakwaan.

"Kesemua mereka mengaku salah dan didenda sebanyak RM1,000 setiap seorang oleh mahkamah," katanya.



Disiarkan pada: Januari 13, 2026 @ 6:00pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1310439/6-ditahan-terbabit-pergaduhan-di-jalan-ho-tiang-wan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.045677 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list