CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 578|Reply: 0

[Tempatan] Polis tahan jurulatih bola sepak disyaki liwat, cabul remaja 15 tahun

[Copy link]
Post time 13-1-2026 06:21 PM | Show all posts |Read mode



Polis tahan jurulatih bola sepak disyaki liwat, cabul remaja 15 tahunGambar hiasan. - Foto fail NSTP

KOTA TINGGI: Polis menahan seorang jurulatih bola sepak kerana disyaki meliwat dan mencabul seorang remaja lelaki di sebuah pondok di hadapan kediamannya di Kampung Gembut, Tanjung Sedili di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusuf Othman berkata laporan dibuat sendiri oleh mangsa yang berusia 15 tahun, sehari selepas kejadian.

Polis kemudian katanya, menahan lelaki berusia lingkungan 50-an itu ketika berada di kampung berkenaan pada hari yang sama bagi membantu siasatan.

"Mereka merupakan jiran dan kejadian ini pertama kali berlaku. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Yusuf berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari hingga hari ini.
– BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.046603 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list