CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41|Reply: 0

[Kedah] Proses agihan BAP di Kedah perlu selesai bulan ini

[Copy link]
Post time 13-1-2026 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Saifuddin (tiga dari kanan) menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada pelajar pada Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Tahun 2026 di JPN Kedah, Alor Setar hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN





Proses agihan BAP di Kedah perlu selesai bulan ini



  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 13 Januari 2026, 3:24 pm




ALOR SETAR – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM50.5 juta diagihkan kepada 336,669 pelajar di 751 sekolah di negeri ini bermula hari ini dengan proses agihan perlu diselesaikan pada bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyaluran BAP secara tunai itu adalah untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

“Memandangkan pengagihan bantuan ini secara tunai, maka peranan pihak polis sangat penting kerana ia melibatkan wang dalam jumlah yang besar dan kita gerakkan ke seluruh negeri Kedah.

“Mesyuarat penyelarasan telah dibuat dan Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah memaklumkan kepada saya bahawa ini merupakan keutamaan polis untuk memastikan kawalan keselamatan, khususnya terhadap wang dan keseluruhan perjalanan dan penganjuran majlis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2026 di JPN Kedah, di sini hari ini.

Sementara itu, pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, Muhammad Alif Hakimi Mohd. Zamil berkata, dia akan menggunakan wang BAP itu untuk membeli buku-buku latihan.

“Kebanyakan barang sekolah sudah beli awal dan duit RM150 ini akan digunakan untuk beli buku-buku latihan.

Alhamdulillah wang bantuan ini sedikit sebanyak dapat bantu ibu bapa beli barang keperluan sekolah.

“Saya ada dua lagi adik yang berada di tingkatan dua dan tahun lima, bila ada duit bantuan ini kami boleh buat beli buku-buku tambahan untuk ulang kaji pelajaran,” katanya.

Seorang guru, Nor Shuhada Desa, 41, juga merancang untuk membeli buku latihan buat anaknya, Nur Dayyanah Umaira Mohd. Fitri yang merupakan murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Haji Mohd. Sharif.

“Barang kelengkapan sekolah anak, saya sudah siapkan awal dan mungkin selepas ini nak beli buku-buku tambahan buat anak. Banyak juga buku boleh beli dengan wang RM150 ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/13/proses-agihan-bap-di-kedah-perlu-selesai-bulan-ini/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.296195 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list