CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 692|Reply: 6

Uqasha ajar saya bagaimana jadi seorang lelaki – Kamal Adli

[Copy link]
Post time 13-1-2026 09:20 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon Kamal Adli menzahirkan rasa terima kasih buat bekas isterinya, Uqasha Senrose, atas kesudian menerima dirinya sebagai suami empat tahun lalu, selain reda menerima hakikat jodoh mereka berakhir di pertengahan jalan.

Ujar Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, perkahwinan tersebut banyak membuka ruang pembelajaran dalam hidupnya sebagai lelaki, suami dan bapa meskipun episod cinta itu kini tinggal kenangan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana pernah menerima saya sebagai suami.

“Dialah yang banyak mengajar saya tentang kehidupan berumah tangga serta bagaimana menjadi seorang lelaki.

“Sejujurnya, saya tidak mempunyai pengalaman dalam perkahwinan, apatah lagi memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa. Jadi, saya amat menghargai segala pengajaran sepanjang bersama dengannya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu, dia mengakui kelemahan diri turut menyumbang kepada perpisahan tersebut dan tidak menyalahkan sesiapa atas apa berlaku.

“Saya mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam diri sehingga membawa ke tahap ini. Segala kesalahan saya letakkan pada diri sendiri.

“Jika saya menjadi suami lebih baik, mungkin semua ini tidak berlaku. Namun, saya reda dengan ketentuan Allah,” ujarnya.

Bapa satu anak itu turut merayu orang ramai agar mendoakan kekuatannya untuk meneruskan kehidupan selepas perpisahan, selain memohon maaf kepada keluarga bekas isterinya.



“Saya mohon didoakan supaya terus kuat. Kepada keluarga Uqasha, saya minta maaf sekiranya gagal menjaga serta membahagiakan dia seperti sepatutnya.

“Saya sudah berusaha sedaya mungkin, namun sampai di sini sahaja jodoh kami,” jelasnya.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 12.56 tengah hari semalam.

Lafaz cerai dibuat di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd. Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula tarikh lafaz talak serta mendaftarkan perceraian pasangan terbabit.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, dilahirkan pada 27 April 2024.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejujurnya tiada pengalaman dalam perkahwinan? Habis ex bini tu ada ke pulak pengalaman beranak segala? Statement sikemal ni jarang tak mengundang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sblm ni bkn laki ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Makpak ko tak didik as lelaki ke? Sian makpak. Punya huru hara hidup kemal penangan pompuan tweetybird, bimbo letak tepi yg penting putih gebu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia review pulakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia sarcastic je tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2026 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 14-1-2026 02:08 AM
Makpak ko tak didik as lelaki ke? Sian makpak. Punya huru hara hidup kemal penangan pompuan tweetybi ...

Kannnn... Over nau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 06:09 PM GMT+8 , Processed in 1.144332 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list