CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2281|Reply: 32

[Tempatan] Selamat Bersara Tan Sri!

[Copy link]
Post time 12-1-2026 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menerima surat makluman daripada peguam bekas Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang menyatakan hasrat beliau untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara tersebut membolehkan proses mencari pengganti bagi jawatan Panglima Angkatan Tentera dimulakan.

Katanya, Majlis Angkatan Tentera (MAT) sebelum ini telah memutuskan Hafizuddeain sebagai calon Panglima Angkatan Tentera, namun, pelantikan yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari itu terpaksa ditangguhkan susulan kes yang sedang dihadapinya.

“Dengan persaraan awal tersebut, jawatan Panglima Angkatan Tentera kini kosong dan buat sementara waktu dipangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain

“Proses pencarian calon Panglima Angkatan Tentera baharu akan dilaksanakan melalui MAT sebelum dikemukakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan.

“Proses ini mengambil masa kerana ia melibatkan prosedur rasmi. Sekiranya cadangan tidak diperkenankan, MAT akan mengemukakan pencalonan baharu sehingga mendapat perkenan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai Panglima Angkatan Tentera sebelum diputuskan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 yang berlangsung pada 19 November lalu dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember.

Turut diputuskan melalui mesyuarat sama ialah pelantikan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Bagaimanapun pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 mengenai pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan.

Beliau diarahkan bercuti bagi membolehkan proses siasatan pihak berkuasa dijalankan terhadap dakwaan yang dilaporkan melibatkan beliau.

Hafizuddeain bersama dua isteri kemudiannya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait projek perolehan tender Tentera Darat.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, permohonan persaraan awal Muhammad Hafizuddeain turut bertujuan memberi laluan kepada pengisian segera jawatan Panglima Angkatan Tentera demi pentadbiran Dan kepimpinan tertinggi ATM.-UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2026 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan cepu emas. Masih nak stay dengan bini mudakah?


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:17 AM | Show all posts
....menyatakan hasrat beliau untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Bersara awal pencen still on ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 13-1-2026 12:17 AM
....menyatakan hasrat beliau untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kua ...

Selagi belum didapati bersalah dia memang lah layak dapat pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 13-1-2026 12:17 AM
....menyatakan hasrat beliau untuk bersara awal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kua ...

Syaratnya umur 40 tahun & kerja genap 10 tahun.  

Korang kena tau.  SPRM tu badan bebas.  Not linked with MINDEF.  SPRM bukan badan yang boleh halang pencen.  Status quo is: MINDEF adalah satu entiti yang sedang terpinga2 sahaja.  SPRM yang suruh siasat.  Bukan MINDEF yang nak siasat.  

{Chegu Bard} 0 - 1 {Panglima}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2026 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pantas dia menyelamatkan pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 07:44 AM | Show all posts
Suchi replied at 13-1-2026 06:15 AM
Pantas dia menyelamatkan pencen.

kan...pandai selamatkan pencen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 10:38 AM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 13-1-2026 10:41 AM

KALAU ADA KES MAHKAMAH MANA BOLEH BERSARA AWAL SAMPAI KES SELESAI
tapi ... dia belum dituduh di Mahkamah .... hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 10:41 AM | Show all posts
midori888 replied at 13-1-2026 07:44 AM
kan...pandai selamatkan pencen...

NOPE .... kalau ada kes mahkamah tak boleh bersara lagi
ehhhh tapi dia belum di tuduh di mahkamah kan ?
amboiiiii ....
Dia ingat Cikgu Bard akan diam
takkan sprm yg cadangkan kot ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 10:42 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 12-1-2026 10:20 PM
https://youtu.be/iXGdtZmv8qA?si=IRI1-G2Qo9aCVGxX

pasaipa nak bersara PEGUAM yg hantar surat ?
bukan itu urusan perobadi yg HR dan bakal pesara yg urus ?
pasaipa thru loyer pulop
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 10:50 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 11:10 AM | Show all posts
banyak cantik nk pencen jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 11:15 AM | Show all posts
ini semua dah terkirai2 nak selamatkan tengkuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 11:59 AM | Show all posts
Jika kesalahan itu dibuktikan berlaku sewaktu menjawat jawatan awam, boleh dapat pencen lagi ke?
Title Tan Sri pun boleh kena tarik, takkan la pencen kekal kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana yg boleh / sempat diselamatkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sial
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dituduh masa dlm servis, boleh pulak mohon bersara awal.. tak dipecat pulak. Nanti seumur hidup ada pencen dan jika mati dulu isteri dpt pencen terbitan, jadi tax kerajaan dok sara penjenayah pensonglap ke.. sedangkan rakyat kebanyakan stuggle ada yg sampai mkn pakai pun tak menentu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 01:09 PM | Show all posts
akan jadi precedent case bila mana ada kes mahkamah

cepat2 apply option

mcm sblm2 ni kan ramai

dh masuk 50s kantoi

dorg patutnya pun buat gini



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.368611 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list