CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 634|Reply: 10

‘Ramai suami isteri curang di pejabat, saya sangat tak setuju’ - Mia Nasir

[Copy link]
Post time 12-1-2026 06:08 PM | Show all posts |Read mode






SEJAK kebelakangan ini, watak penyondol atau orang ketiga antara yang paling mudah mencuri perhatian ramai dalam mana-mana drama mahupun filem.

Watak paling dibenci tetapi karakter tersebutlah yang akan menjadi sebutan ramai sehingga melonjakkan populariti pelakon dan sesebuah naskhah.

Jadi, tidak mustahil ramai pelakon seronok  menggalas peranan tersebut sekali gus memberi mereka peluang untuk meneroka watak penyondol dengan cara tersendiri.

Perkara tersebut turut diakui pelakon Mia Nasir yang sering ditawarkan karakter wanita dibenci dalam beberapa buah drama lakonannya sebelum ini, termasuk yang terbaharu, Pak Su Ammara.

Sedar perlu berdepan dengan kebencian penonton, Mia atau nama sebenarnya, Nur Farah Md. Nasir, 35, berkata, dia sentiasa berusaha memberi warna berbeza dalam setiap watak penyondol yang dipegang agar tidak kelihatan klise.

“Saya memang selalu bawa watak antagonis dan sudah biasa, ‘makanan’ saya.

“Kalau penonton benci, saya lagi suka sebab lakonan menjadi.

“Tapi walaupun orang kata karakter sama sahaja, saya sentiasa beri kelainan. Kadang-kadang saya jadi antagonis yang comel-comel tapi sebenarnya jahat dan ada penonton suka,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Tambah Mia, berbanding watak protagonis, karakter antagonis lebih memberinya banyak peluang untuk menyerlahkan sisi lakonan berbeza.

“Saya pernah jadi perempuan baik dan jahat tetapi lebih selesa dengan antagonis sebab boleh mengolah karakter dengan pelbagai cara.

“Untuk jadi antagonis, saya banyak ambil inspirasi yang dari laporan berita dan filem. Saya selalu cuba nak bawa cara kejahatan yang berbeza tapi menarik perhatian penonton,” katanya lagi.

Ramai curang

Kongsinya, lambakan cerita kecurangan dan gangguan orang ketiga dalam media sosial sejak akhir-akhir ini juga banyak memberi inspirasi dalam membentuk sesebuah karakter.

“Selalu kita dengar cerita tentang isu curang dalam media sosial, rasa geram.

“Jadi, saya tidak berlakon ‘kosong’ tetapi mahu bagi kesedaran juga pada orang ramai.

“Seperti hangat isu curang di pejabat sehingga ada gelaran ‘office husband and wife’. Saya sangat tak setuju dengan perkara itu, jadi saya luahkan perasaan  tersebut dalam karakter,” tuturnya.

Ditanya lanjut mengenai keseronokan kerap memegang karakter antagonis, adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu berkata, karakter tersebut tidak pernah membuatkan dia dan penonton bosan.

“Bila jadi jahat, saya dapat jadi orang lain. Saya ada karakter sendiri tetapi antagonis beri peluang cuba macam-macam jenis watak lain.

“Kalau lari sikit daripada karakter pun orang takkan perasan sebab antagonis ini psiko, suka hati mereka. Hari ini baik tetapi esok tiba-tiba jadi jahat.

“Perangai mereka memang ‘bipolar’. Orang yang ada perasaan dengki dan jahat ini memang pandai berlakon pun,” ujar bintang drama Andai Tiada Dia itu.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2026 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka betul tgk Mia ni berlakon dlm ‘Cik Paris Diva Kampung’.. bodo2 jer drama tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 12-1-2026 06:12 PM
Suka betul tgk Mia ni berlakon dlm ‘Cik Paris Diva Kampung’.. bodo2 jer drama tu

Meouls lagi suka mia berlakon dari pipah. Cuma Mia ni wajah dia bukan leading-lady type.. boleh la nak jadi watak sampingan
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh haah la sheols ni adik anzel. Tp kenape...npk mcm....kakak... erm ok
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 12-1-2026 08:22 PM
Meouls lagi suka mia berlakon dari pipah. Cuma Mia ni wajah dia bukan leading-lady type.. boleh la ...

Pipah mmg yg paling annoying nk tgk onscreen. Mia ni jd jahat pon tak rase annoyed. Mmg patut la pipah bhgia dgn asben supaya sheols tak payah blakon lg. Ade takde same je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak so kertuuuu compared to kakaknye. Tapi tulah. Sapala kita nak kutuk ciptaan tuhan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2026 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheols muke matured sikit ek.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi mmg sheols berlakon mmg sepesen je jadi penyondol.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 12:05 PM | Show all posts
ramai je laki bini orang satu office dok mengedik cerita lucah2
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tp iols suka mia ni... adik beradik nasir tu kurang sikit annoying dr adik beradik maembong atau senrose... mia ni masa dia berlakon drama apa tah iols suka tgk penampilan dan cara dia berckp.. dia nampak cool tu yg iols rasa la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni gen z ke? So betul la gen milenial anzalna tu nampak lg muda dr gen z..
Aku tak tgk drama melayu sgt, baru nk ckp dia ni stok2 betty rahmat..tp since forumer ckp dia berlakon best, so i reserve my comment
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 10:58 PM GMT+8 , Processed in 2.040949 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list