CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 233|Reply: 0

Kamal Adli, Uqasha Senrose sah bercerai talak satu

[Copy link]
Post time 12-1-2026 03:13 PM | Show all posts |Read mode





Jodoh tak panjang, rumah tangga pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya menemui noktah apabila pasangan selebriti itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, tadi.

Lafaz cerai dibuat Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Adli, 40, di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd. Ali secara tertutup kira-kira pukul 12.56 tengah hari.

Prosiding tersebut berlangsung selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sebelum prosiding berlangsung, Kamal dilihat sudah bersedia menerima hakikat apabila menyifatkan proses hakam sebagai fasa terakhir hubungannya bersama Uqasha.

Difahamkan, kedua-dua pihak telah melalui pelbagai usaha perdamaian namun gagal mencapai kesepakatan, meskipun keinginan mempertahankan rumah tangga masih wujud pada peringkat awal.

Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menasihatkan Kamal supaya melafazkan cerai selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat.

Bagaimanapun, peguam mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, memaklumkan lafaz cerai tidak dilaksanakan ketika itu kerana Kamal masih berharap rumah tangga dapat diselamatkan.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, kini berusia setahun lapan bulan.

Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman dan pergolakan rumah tangga berpanjangan, sekali gus mengakhiri kisah cinta pasangan popular itu di sisi syarak dan undang-undang.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.459524 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list