CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 680|Reply: 1

[Tempatan] Kembalikan UPSR -'Beri kita masa, InsyaAllah akan dibentang tahun ini' - Fadhlina

[Copy link]
Post time 12-1-2026 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nurhanim Osman
[email protected]
Disiarkan pada: Januari 12, 2026 @ 11:31am




Fadhlina Sidek bercakap ketika sidang media pada Majlis Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Regent Elmina hari ini. FOTO BERNAMA



Shah Alam: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memohon sedikit masa untuk menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kajian itu perlu dilaksanakan secara teliti bagi menilai pelaksanaan pentaksiran yang sudah dijalankan sejak sekian lama, termasuk keberkesanannya terhadap perkembangan murid secara holistik.

"Kita mohon sedikit masa kerana kajian ini sedang dijalankan dan mandat sudah saya berikan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).

"Di peringkat KPM, kita sudah mempunyai pandangan-pandangan awal dan kita akan buat kajian yang menyeluruh sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan selanjutnya," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau hari pertama pembukaan sekolah bagi kalendar akademik sesi 2026/2027 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent, Elmina, di sini, pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Menurut Fadhlina, kajian berkenaan turut memberi tumpuan kepada maklum balas serta permintaan ibu bapa, di samping menilai apa yang sudah dilaksanakan ketika ini.

Beliau menjangkakan kajian berkenaan dapat diselesaikan dalam tahun ini dan dibentangkan secepat mungkin.


Minggu lalu, Fadhlina berkata, KPM mengaktifkan semula MPPK bagi mengkaji keperluan pelaksanaan UPSR dan PT3 selepas mengambil kira permintaan ibu bapa yang masih mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula.

UPSR dimansuhkan pada 2021, manakala PT3 dimansuhkan pada 2022, sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.


Single Polls, Total 11 Users voted

Count down: 352 Days2 Hours27 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2026 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensemnya Daniel DiMaggio nim. Berair-air lobang puki akak dibuatnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.290645 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list