|
View: 919|Reply: 9
|
[Dunia]
Kumpulan pro-Pahlavi turun jalan raya, desak Republik Islam Iran dijatuhkan
[Copy link]
|
|
|
Agensi
11/01/2026
Seorang lelaki memegang bendera kebangsaan "Lion and Sun" sebelum Revolusi Iran, ketika penunjuk perasaan dan aktivis berkumpul bagi menyokong protes di seluruh negara di Iran di Washington pada 10 Januari lalu. - Gambar Reuters.
Kumpulan pro monarki rejim Shah Reza merusuh di lebuh raya Vakil Abad melaungkan slogan “Pahlavi Akan Kembali” dan “Hidup Raja” sebagai tanda protes terhadap Kerajaan Republik Islam Iran pada malam Ahad.
Laporan Reuters menyatakan, rusuhan itu berlaku di kota Mashhad susulan tekanan ekonomi apabila mata wang Iran terus merosot, sekali gus meningkatkan kos sara hidup dan mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan ekoran sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Barat.
Rusuhan yang tercetus sejak 28 Disember lalu menyaksikan beberapa kota utama di Iran menjadi tumpuan perhimpunan, melibatkan pelajar universiti, persatuan peniaga serta gerakan sivil yang bangkit mengkritik dasar dan kepimpinan kerajaan.
Perusuh menceroboh beberapa bangunan, meroboh tugu tokoh politik, dan kemuncaknya apabila Masjid Al-Rasool terletak di Tehran telah dibakar pada 9 Januari lalu.
Pada masa sama, kumpulan perusuh turut menggerakkan kempen menghidupkan semula sistem monarki di bawah Shah Mohammad Reza Pahlavi, yang digulingkan semasa Revolusi Islam 1979 yang dipelopori oleh gerakan rakyat.
Malah Shah Reza Pahlavi anak kepada Mohammad Reza yang kini menetap di Amerika Syarikat turut menyeru kumpulan perusuh agar terus berusaha menggulingkan kerajaan Republik Islam yang diketuai oleh Ayatollah Ali Khamenei.
Media melaporkan, di Washington, sekumpulan penyokong pro-monarki turut mengibarkan bendera kebangsaan Lion and Sun, yang digunakan sejak 1907, sebelum digantikan dengan bendera bertulis kalimah ‘Allahuakbar’ selepas Revolusi Iran
Pada 9 Jan Ali Khamenei menegaskan tidak akan tunduk terhadap tekanan perusuh yang disifatkannya bertindak untuk memuaskan hati Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Terdahulu Trump dilaporkan mengulangi kenyataan untuk membantu kumpulan perusuh seandainya pihak berkuasa republik bertindak ganas terhadap mereka.
Pihak berkuasa Iran turut mendakwa kumpulan perusuh dinaungi oleh ejen kuasa asing yang mencari peluang untuk menggugat kestabilan republik itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
diorg neh mmg jahat la..bakar masjid.betul jugak org komen ko tak pueh hati kat kerajaan pehal ko bakar masjid??puak2 bakar masjid barua mmg celaka dunia,akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Insaf tengok Iran, negara kaya tapi hidup tak bahagia. Malaysia ni nasib baik truly Asia walau pun ada juga yang berangan nak jadi macam Iran. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai rakyat Iran katanya dah tukar agama kpd Zoroastrianism, agama asal nenek moyang dia org. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Zoroastrian ni ritual dia sembah matahari / api kan. Basic rules based on moral value and ethics. I dont know why i think org yg mempunyai pegangan moral yg tinggi lagi aman dan baik kehidupan mereka (di dunia) drp yg org yg mengamalkan agama (patuh) secara extreme. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I mean org yg mempunyai pegangan moral yg tinggi lagi aman dan baik kehidupan mereka, but why? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih kpd balas dendam sbb ayah heshe digulingkan dulu..kalau ekonomi merosot pun sbb tekanan Amarika..bukannya sbb negara tu x mampu berdiri sendiri..Trump hanya nak pemimpin boneka yg jadi lembu tunggangan ja..org jahat atau bodoh pun ramai pengikut so tak perlu nk hairan sgt tgk org merusuh
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang keluar dari mulut buaya masuk mulut rimau.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 15-1-2026 04:51 PM
Pahlavi ini iranian percaya untuk bawa democracy ke iran against middle eastern culture anti barat.. Iranian overseas free iran supporters hanya mahu jatuh kan regime bukan semula shah legacy untuk establish monarchy system..
US... EU and UK kena kan sanction kepada iran sehingga iran rial and economy jatuh .. Orang kata reap what u sow...dengan anti barat agenda... US.. Eu and Uk hanya mudah kan urusan untuk negara ter paling islam ikut tradition middle east untuk trade sama muslim countries and allies.... pro khomeine supporters (oveseas) plain stooopid... Just
run the mouth..cakap tidak boleh pakai...
Psst... ada 1 negara di nusantara mahu buat yang sama kan juga focus dalam brics circle saja..jangan lupa migrate mahu tinggal barat.. Sembang kari babi boleh terbang... Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|