CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 1906|Reply: 40

“Pernah Nampak Kami Di Kaca TV? Tak Ada, Stesen TV Pandanglah Pelawak Ni” - Azlee Senario

[Copy link]
Post time 12-1-2026 12:12 PM | Show all posts |Read mode





Pelawak Azlee Senario berkata dia bersetuju dengan kenyataan Fad Bocey berkenaan golongan pelawak kini semakin suram kerana kurang tawaran persembahan.

Memetik Astro Gempak, Azlee berkata kebanyakan pelawak kini sudah lama tidak muncul di kaca televisyen serta berharap produksi serta stesen televisyen turut memberi ruang kepada mereka.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Fad Bocey. Pernah nampak ke kami berada di kaca TV? Tak ada. Dah lama dah tak ada.

“Mungkin ada segelintir yang muncul sikit-sikit, tapi secara keseluruhannya kami memang dah lama tak keluar TV. Sebab itu apa yang Fad cakap tu kadang-kadang betul,” katanya.

Sementara itu, Azlee berkata dia menganggap rezeki setiap individu berbeza namun dia berharap pihak produksi turut memberi peluang kepada pelawak-pelawak tanah air.

“Bagi saya, banyak lagi rezeki lain. Insya-Allah. Tapi kalau boleh, production di luar sana atau stesen TV pandang-pandanglah pelawak ni.

“Pelawak ni berbeza dengan yang lain. Pelawak adalah antara yang paling susah kerana tugas kami untuk menghiburkan orang,” katanya.

Dalam pada itu, Azlee turut menitipkan nasihat kepada rakan-rakan pelawak untuk tidak bergantung kepada stesen televisyen semata-mata sebaliknya merebut apa saja peluang untuk mencari pendapatan.

“Kita kena kreatif. Kita kena pandai cipta peluang di luar sana kalau tak ada peluang di dalam. Kepada rakan-rakan pelawak di luar sana, kita sama-sama anak seni.

“Rebutlah peluang-peluang yang ada, buat apa sahaja yang boleh mendatangkan pendapatan. Jangan bergantung kepada stesen TV sahaja,”katanya.

Sumber: Astro Gempak, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2026 03:31 PM | Show all posts
Emm....sebab dah ada comedian baru yang lebih kelakar??? Yang boleh hosting, berlakon & menyanyi, berlakon teater....? walaupun membesar zaman Senario & pelawak TV3, Sinaran, Ambang Klasik, semua bagai.... tapi dah jemu kot ulang2 lawak sama sejak 30 tahun lepas....gigil2..ketar2...buat mata juling, suara binatang, berpeluh2 berlengas buat lawak....dah boring kot.. kena la versetail sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 03:34 PM | Show all posts
Edited by gigahertz at 12-1-2026 07:35 AM

dalam banyak2 pelawak Nabil dan Douglas Lim je yang hidup. duorang ni mmg solo dari dulu.
tapi fad bocey dengan azlee ni ada kumpulan.
lagi sekarang arwah abam dan hamdan dah takde. .

kick tu kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewwww
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 10:29 PM | Show all posts
to be fair, stesen tv sekarang pun hidup segan mati tak mau

berapa kerat je la tengok tv sekarang. semua dok main phone and tab je

stesen tv pun semput, tak reti nak survive camane dah

dah 2026, adaptasi, atau karam bersama titanic, gituu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku geli tgk dia ni..muka dia, gigi dia..eiii :
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2026 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ni dulu pernah nak kawin dgn Lydiawati kan
konon sbb nak anak...
ehhh dah lah..pakcik gi masjid belajar ngaji je lah.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Terlalu byk jenis lawak lain yg org layan. on-stage lawak2 melayu ni, dah bukan taste melayu di Malaysia, selalu rakyat majority. Sama mcm bidang kerja lain, ada je cabaran Dan ancaman terhadap job security. Mau x mau, kena invent and rebrand karier baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Meol bila da besar ni rasa geli dan rasa nak hempok diri sendiri mcm mn la bole enjoy citer2 senario waktu kecik2 dulu. Maluuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kita hnya nk pelawak yg bijak
yg xlucah
yg xde dialog lwk bodo
yg bkn sarkas
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
dh tua duk diam2 la bagi pelawak baru dengan lawak baru plak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 10:08 AM | Show all posts
nazriatie replied at 12-1-2026 11:28 PM
Aku geli tgk dia ni..muka dia, gigi dia..eiii :

udah mcm skrip aziz m osman dlm lagi lagi senario je nih



Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 10:11 AM | Show all posts
since org dh tak tgk tv sgt

bnyk hadap fon je

why not dorg buat skit komedi mcm key-peele buat, anwar jibari buat

sungguhpun jordan tu dh lama stop

tp skit2 die still kelakar dah level genius ye

yg movie2 pun jenuh nk bg selevel tu



so, uol kena be more creative dan jgn sekali2 bg lawak bodoh spastik semata

kena ada genius nya jgk dlm lawak tu

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 11:26 AM | Show all posts
sekarang jual la diri dengan content sendiri. ada followers boleh buat duit. nak harap stesen tv, pun sendu. aku pun tgk tv time berita tu pun kat umah org tua aku. kalau tak, mana ada.

aku ada tgk si caca yg dulu pernah masuk raja lawak. dia meniaga kuih donut dan buat skit2 yg pada aku kelakar jugak. walaupun dia kat raja lawak tak best tp bila buat skit sendiri, menjadi plak. sambil tu meniaga jual nama dia jugak.
kreatif dan menjadi la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 11:45 AM | Show all posts
iols ada dgr interview dgn pelawak mana tah harotu dia kata salah 1 sebab pelawak dah karang keluar TV sebab Astro Warna dah xda...xsilap Astro warna ni dulu byk buat contest utk pelawak2 ni...now pelawak2 da krg job 7 platform utk berkarya... melainkan dorang ada buat podcast sndri..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni busuk...selalu pakai t-shirt kain jersey bacin dgn kuat smoking.. serious busuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Org ramai x tgk tv, byk pilihan lain, seeloknya buat iklan tv atau pembaca kajicuaca berita tv
Org zaman skrg ni byk x sempat itu ini tgk tv pun xde masa
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 12-1-2026 03:34 PM
dalam banyak2 pelawak Nabil dan Douglas Lim je yang hidup. duorang ni mmg solo dari dulu.
tapi fad b ...


yang masih ada kumpulan Jep je lah yang masih ada sepahtu reunion tu walaupun dah berpecah dgn shuib, yang lain mana ada keluar tv dah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 13-1-2026 11:45 AM
iols ada dgr interview dgn pelawak mana tah harotu dia kata salah 1 sebab pelawak dah karang keluar  ...

Oh, astro warna dah discontinued eh mmg tak ada program komedi sgt la dulu2 mmg rancangan diorang ni semua dkt astro warna je.. Astro ria tu untuk drama dgn realiti show mcm GV tu je la
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 02:33 PM | Show all posts
Missjass replied at 13-1-2026 06:12 AM
Oh, astro warna dah discontinued eh mmg tak ada program komedi sgt la dulu2 mmg rancangan diorang  ...

ya rasanya hujung 2024 dah start xda astro warna..yela tu tempat pelawak carik makan...hujung2 byk repeat cerita je, last2 xda sambutan diorang tutup channel tu..tp i ols rasa byk sbb2 lain jugak, kita boleh tgk berapa ramai je pelawak dalam kumpulan yg maintain, byk da keluar bergerak solo...susah nak sustain gitu...now zaman standup comedian pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055312 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list