CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] M7: SRG selangkah ke pusingan kalah mati

[Copy link]
Post time 12-1-2026 02:53 AM | Show all posts |Read mode
M7: SRG selangkah ke pusingan kalah mati

BERNAMA




SRG berjaya menumpaskan Team Spirit. FOTO Ihsan Selangor Red Giants Esports



Kuala Lumpur: Selangor Red Giants (SRG) kini hanya selangkah untuk mara ke pusingan kalah mati Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) M7, selepas menumpaskan Team Spirit hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di XO Hall di Jakarta Indonesia, SRG membariskan Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan dua pemain import Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) dan John Vincent Banal (Innocent), tidak berhadapan masalah untuk memusnahkan lawan mereka iaitu kristal, dalam masa 14 minit pada perlawanan yang menggunakan format best of one.

Ini adalah kemenangan kedua buat anak buah Michael Angelo Bocado (Arcadia) selepas menewaskan rakan senegara CG Esports pada pusingan pertama swiss stage semalam.

"Kami sudah bersedia 100 peratus untuk berhadapan sesiapa sahaja untuk layak ke pusingan kalah mati," kata Kramm selepas perlawanan hari ini.

Sementara nasib berbeza menimpa CG Esports pada penampilan pertama mereka di M7, apabila tewas buat kali kedua kali ini di tangan Aurora Gaming dalam tempoh 15 minit.

CG perlu meraih kemenangan apabila turun pada aksi ketiga esok, bagi membuka semula peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.



Disiarkan pada: Januari 11, 2026 @ 10:07pm

https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2026/01/1309716/m7-srg-selangkah-ke-pusingan-kalah-mati




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2026 09:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.052071 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list