CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 268|Reply: 0

Penerbit ajak 'dating' mahu tawar watak 'heroin' - Ika Nabella dedah sisi gelap industri seni

[Copy link]
Post time 9-1-2026 04:57 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon, Ika Nabella, 37, mendedahkan sisi gelap industri seni yang pernah dilaluinya 17 tahun lalu apabila pernah diajak untuk 'dating' bersama seorang penerbit.

Menerusi hantarannya di Threads, Ika atau pemilik nama Ika Nabila Abdul Rahim berkongsi individu berkenaan cuba memancingnya dengan janji manis untuk menjadikannya dia sebagai seorang 'heroin' di televisyen.

"Sisi gelap dalam industri ini yang ramai tak tahu. 17 tahun lalu, ada seorang penerbit ajak saya 'dating' dengan ayat 'awak kata nak jadi heroin akasia'. Dia tak tahu yang saya ini seorang yang hati kering, tak kuasa saya nak layan," tulisnya.

Meskipun dia enggan melayan pelawaan tersebut, Ika tetap bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan tetap melimpah ruah hasil kehendak Yang Maha Esa tanpa perlu 'menjual diri'.

"Alhamdulillah. Sekali pun saya tak pernah 'dating' dengan penerbit, Allah izinkan muka saya keluar televisyen berturut-turut. Bukan akasia sahaja, lestari, samarinda, lagenda, cerekarama, megadrama dan lain-lain lagi," tulisnya.

Selepas sekian lama menyepi daripada bidang lakonan kerana komitmennya sebagai seorang ibu, pelakon drama Rindu Awak 200% ini mengakui dia rindu untuk muncul di televisyen.

"Saya rindu nak berlakon! Sejak jadi mak ni sibuk betul uruskan keluarga. Tapi, saya rasa saya dah bersedia untuk kembali (berlakon)," tambahnya.

Kali terakhir Ika muncul di televisyen adalah pada tahun 2022 menerusi drama berjudul Demi dan memegang watak utama sebagai Ima.

Sumber: Rotikaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 11:02 AM GMT+8 , Processed in 2.494150 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list