CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 728|Reply: 5

Kerajaan dijangka peroleh semula RM5 bilion dana 1MDB - Azam Baki

[Copy link]
Post time 9-1-2026 10:58 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dijangka memperoleh semula dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada beberapa individu, termasuk Ketua Eksekutif PetroSaudi, Tarek Obaid dan keluarga ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang sebelum ini dikesan menerima wang penyelewengan berkenaan.

BH difahamkan, antara dana yang sedang diusahakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah berjumlah RM600 juta daripada Tarek.

Akaun-akaun milik ahli keluarga Jho Low pula difahamkan akan dipulangkan kepada Kerajaan Malaysia dalam tempoh terdekat.

Dana dan aset daripada individu berkenaan adalah dalam jangkauan SPRM yang ketika ini menjangkakan sebanyak RM5 bilion akan dipulangkan semula kepada Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pasukan pegawainya sedang berunding mengenai penyelesaian itu dengan beberapa negara khususnya Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

"Kita jangka akan peroleh sekitar RM5 bilion dan pelbagai tindakan dilakukan ketika ini termasuklah ke AS dan UK untuk mendapatkan penyelesaian bersama suspek kes 1MDB.

"Sebagai contoh, kita sedang berunding menerusi kaedah penyelesaian dengan Tarek, yang dijangka akan memulihkan RM600 juta," katanya kepada BH.

Semalam, BH secara eksklusif melaporkan, SPRM sedang mengesan baki kira-kira RM12 bilion daripada RM42 bilion dana yang diselewengkan daripada syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

RM31.19b berjaya dikembalikan

Daripada RM42 bilion dana 1MDB itu, setakat ini nilai keseluruhan aset yang berjaya dikembalikan kepada Malaysia dalam kes itu mencecah RM31.19 bilion.






Azam yang menjadi tetamu program audio siar (podcast) Borak Hari Ini terbitan BH di Balai Berita, kelmarin berkata, pihaknya menjangkakan agensi antirasuah itu dapat memulihkan sekitar RM5 bilion tidak lama lagi.

"Keseluruhan dana 1MDB yang diseleweng dan dikesan adalah sekitar RM42 bilion dan kita sudah berjaya memulihkan dana termasuk aset sekitar RM30 bilion.

"Jadi, bermakna ada lagi baki RM12 bilion, namun kita jangkakan akan memperoleh sekitar RM5 bilion lagi.

"Saya tidak tahu jumlah RM5 bilion itu akan dapat dibawa pulang pada tahun ini atau tidak tetapi SPRM sedang berusaha ke arah itu dan saya mahukan ia cepat (dipulihkan)," katanya.

Dalam perkembangan itu, ditanya adakah SPRM akan memperoleh RM5 bilion itu dalam tempoh terdekat ini, Azam menjelaskan, pihaknya tidak mempunyai tempoh masa tetapi beberapa tindakan segera sedang dilakukan.

"Seperti yang saya katakan, saya mahu ia diselesaikan segera tanpa ada penangguhan. Saya jangka dengan beberapa individu yang terbabit, SPRM akan memperoleh semula dana 1MDB berjumlah RM2.8 juta dahulu," katanya.

Berdasarkan carian dalam internet, Tarek atau nama sebenar, Tarek Essam Ahmad Obaid ialah usahawan dan pengasas bersama serta bekas CEO PetroSaudi International Ltd (PSI), sebuah syarikat berpangkalan di Arab Saudi yang terbabit dalam industri minyak dan gas serta pelbagai pelaburan lain.

Pada Ogos 2024, Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland di Bellinzona menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kepada Tarek yang ketika itu berusia 48 tahun, atas kesalahan penyelewengan di Switzerland berkaitan dana kekayaan 1MDB.

Turut dijatuhi hukuman penjara enam tahun ialah Patrick Mahony, 47, seorang pengarah di syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak Arab Saudi berpangkalan di Geneva.

Obaid mempunyai dwikerakyatan Switzerland-Arab Saudi, manakala Mahony memiliki dwikerakyatan Switzerland-British.

Pada Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Tarek Obaid dan dua syarikat lain, daripada mengakses 41 barang kemas bernilai £9 juta, didakwa berkaitan dana 1MDB.

Hakim, K Muniandy, mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Sumber: BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2026 02:23 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 9-1-2026 02:26 PM

beberapa individu, termasuk Ketua Eksekutif PetroSaudi, Tarek Obaid dan keluarga ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang sebelum ini dikesan menerima wang penyelewengan berkenaan

-

aik2...

macai2 porum cari yg terima duit upah dari Bijan & Nek Mah macamana plak?

sampai macai porum cari claimed pakai BMW
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully takde yg kerit.
Rambang mata duit billion2.


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 08:25 PM | Show all posts
JoLo ni bilanya nak tangkap? Asyik sembang duit jer.
Netijen nak jugak tengok muka terbaru dia, katanya dah berubah jadi beruang ke hapa tah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 10:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.111157 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list