CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1528|Reply: 17

“Tak Payah Jadi Pelawak, Belajar Pandai-Pandai Cari Kerja Menjamin Masa Depan” - Fad Bocey

[Copy link]
Post time 8-1-2026 04:44 PM | Show all posts |Read mode





Pelawak Fad Bocey mendedahkan ramai pelawak kini hilang sumber pendapatan kerana kurang tawaran persembahan.

Memetik HibGlam, Fad berkata mereka kini seolah ‘tiada rumah’ selepas saluran Astro Warna yang menyifarkan program komedi ditutup pada 2024.

“Kalau tanya saya tentang dunia pelawak ketika ini, sangat menyedihkan. Pusingan kami kalau dalam sebuah roda, ketika ini berada di bahagian bawah walaupun dahulu pernah berada di atas.

“Mahu atau tidak memang kena terima, pelawak, penyanyi, pelakon memang ada waktu kemuncak tetapi perkara tersebut tak kekal lama

“Sekarang kami seperti sudah tiada rumah (selepas Astro Warna ditutup). Ketika ini kebanyakan pelawak mulakan inisiatif sendiri buat podcast sendiri sebab itu sahaja ruang yang kami ada,” katanya.

Sementara itu, Fad berkata persaingan terlalu ramai dan peluang diberikan stesen televisyen terhadap pelawak sangat terhad.

“Sepanjang 14 tahun dalam industri setahun sekali saja kami dapat keluar televisyen, itu pun pun bila ada pertandingan, barulah dipanggil. Kadang-kadang nak kata kecil hati, memang ada, majlis anugerah pun tak pernah dijemput.

“Zaman sekarang persaingan terlalu ramai, pempengaruh media sosial, artis baharu dan pelawak sedia ada lagi, cuma saya tak pernah rasa dengki kerana rezeki Tuhan sudah tetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Fad turut menitipkan pesan kepada mereka yang mahu menjadi pelawak untuk pertimbangkan keutusan tersebut serta mencari kerja yang boleh menjamin masa depan.

“Bila ada pendatang baharu tanya macam mana nak jadi pelawak, saya pesan jangan. Saya cakap tak payahlah, belajar pandai-pandai, cari kerja yang menjamin masa depan sebab peredaran zaman, kita tak tahu bila-bila sahaja boleh berakhir. Dunia anak seni ini sekelip mata saja boleh terhenti,” katanya.

Sumber: HibGlam, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2026 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan gang2 yang selalu menang MLM ni semua dah kaya2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Vanillah at 8-1-2026 11:29 PM

Masa duit banyak, tak beringat, leka hidup lavish. Jadi pelawak tak lawak pun, itupun ada tongkat from Astro. Memang harap tongkat je eh?

Geng yg buat stand up comedy relak je hidup. Rajin promote kat YT & TT. Ada yg siap buat tour seluruh negara.

Geng korang je yg manja. Semua harap kabel
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Fad ni educated kan, or at least boleh la blaja zaman student dulu. Sebab tu dia kata gini kan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 11:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 09:34 AM | Show all posts
Vanillah replied at 8-1-2026 03:23 PM
Masa duit banyak, tak beringat, leka hidup lavish. Jadi pelawak tak lawak pun, itupun ada tongkat fr ...

Dulu ASTRO support sbb tgh demand, skg dah berlambak content2 lawak kat media sosial.

Paper asyik keluarkan artikel ASTRO dah xuntung dan rugi....brp peratus ja rkyat Malaysia pakai ASTRO skg?.....masih nak hrp job kat ASTRO lg?

Dulu dah rmai pesan kan....bila tgh masyuk, bawa2 beringat....xdak la tiba2 keluar artikel mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2026 09:57 AM | Show all posts
nadie90 replied at 9-1-2026 09:34 AM
Dulu ASTRO support sbb tgh demand, skg dah berlambak content2 lawak kat media sosial.

Paper asyik ...

Ada yang ganti dengan Njoi dah termasuk kami
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 10:01 AM | Show all posts
Vanillah replied at 8-1-2026 11:23 PM
Masa duit banyak, tak beringat, leka hidup lavish. Jadi pelawak tak lawak pun, itupun ada tongkat fr ...

takleh ke dorang ni amik job luar macam comedian stand up selalu buat?macam Harith Iskandar.. Douglas.. kena pecah kepala sketla fikir idea nak buat kelakar and maintain relevant.
mcm Douglas suka buat joke pasal Malaysian and Singaporean..
aku suka tengok stand up comedy macam ni..
tak minat lawak2 slapstic

Mungkin macam Fad bole cuba bergerak solo kecil2an.. amik job function kat mall2 ke..
promote diri kat sosmed. share video2 buat comedy..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2026 11:55 AM | Show all posts
Aku ok ja dengan statement dia ni. Pelawak2 yg jenis suami bertanggungjawab and tak berlagak ni, aku support ja statement nya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam penyanyi, bukan semua ada “luck” walau berbakat. Tapi comedian ni ke mana la sangat, kena multi talent, boleh la dapat job mc ke dj radio ke guna populariti yg tak seberapa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2026 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehh jadi pelawak lah kaya...
Cuba tengok pelawak2 mcm Hj Babil.. Achey... kan hidup senang.... walaupun otak ke laut kerja2 emcee or melawak merepek2 so irritating.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
MoonRise replied at 9-1-2026 11:55 AM
Aku ok ja dengan statement dia ni. Pelawak2 yg jenis suami bertanggungjawab and tak berlagak ni, aku ...

kan...kalau liitammmm yg bagi statement..haaa siappp
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2026 01:01 PM | Show all posts
Betul lah tuuu..beringat org kata
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2026 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu. Tolong la belajar setinggi yang mampu. Cari kerja tetap.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gang2 dia siapa je yg masih kaya?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 05:08 PM | Show all posts
Industry Hollywood yg besar pon pelawak2 kena usaha keras. Bukan senang nak jadi mcm Steve Martin, Jim Carrey, Adam Sandler. Deyols pon sampai ada yg buat production sendiri. Dekat Malaysia ni mmg harap pelawak2 ni buat bisnes sendiri selain showbiz je la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak yg maharaja lawak ni jenis bergantung kepada pentas & jenis slapstick. Generasi Malaysia byk yg dah terdedah dgn lawak jenis lain. Kena pandai lawak yg jenis witty
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Fad ni beli rumah corner lot kan kat setia alam tu. Kira berduit jugak la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.553913 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list