CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1381|Reply: 2

Kes tender tentera darat: SPRM kesan cubaan pindah wang tunai RM2.4 juta

[Copy link]
Post time 7-1-2026 01:03 PM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan cubaan memindahkan wang tunai berjumlah kira-kira RM2.4 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mendedahkan wang tunai berkenaan ditemui hasil maklumat risikan terbaru yang diterima pihaknya semalam.

Menurutnya, wang itu dijumpai ketika seorang suspek awam cuba melarikan wang berkenaan dari sebuah rumah ke kediaman lain.

"agi tadi saya dimaklumkan mengenai wang yang dirampas, lebih kurang RM2.4 juta dalam bentuk tunai.

"Ini adalah antara wang salah seorang subjek yang terbabit dalam kes ini yang cuba dilarikan dari satu rumah ke rumah lain," katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu Azam mengadakan kunjungan hormat ke Balai Berita Bangsar .

Ketibaan beliau disambut Pengerusi Kumpulan MPB Datuk Seri Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Rafiq Razali, Ketua Pegawai Operasi (Direct Solutions), Media Prima Omnia Datuk Mohd Efendi Omar serta Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Jasbant Singh.

Beliau turut dibawa melawat Media Prima Audio yang menempatkan stesen radio MPB serta studio penyiaran TV3.

Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat kerana disyaki terbabit dalam rangkaian kartel tender projek perolehan itu.

Perintah reman selama lima hari sehingga 10 Januari ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan untuk mendapatkan projek-projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 01:43 PM | Show all posts
Tak malu. Padan muka tak sempat pindahkan duit haram. Raya nanti duk diam-diam kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaikkk pihak berkuasa..harap dpt kekalkan prestasi ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.074160 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list