CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1472|Reply: 7

"Tak datang Turkiye, putus kawan" - PM Anwar kongsi gurauan Presiden Erdogan

[Copy link]
Post time 7-1-2026 11:22 AM | Show all posts |Read mode





ANKARA: Hubungan dua hala Malaysia dan Turkiye, kini bukan sekadar diplomatik semata-mata, tetapi dengan keakraban Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Recep Tayyip Erdogan, ia sudah melangkaui protokol.

Sehubungan itu, sewaktu berucap di Majlis Sentuhan Kasih MADANI bersama Diaspora Malaysia di Turkiye pada Selasa, Anwar turut berkongsi gurauan Erdogan jika beliau tidak membuat lawatan rasmi ke negara republik itu.

“Kunjungan ini memang saya anggap penting. Presiden Erdogan bergurau kalau saya tak datang pada bulan Januari, beliau tak mahu kawan.

“Sebab beliau buat kunjungan rasmi (ke Malaysia pada 2025), kemudian sebagai sahabat karib … tiga tahun jadi Perdana Menteri tak buat kunjungan rasmi ke Turkiye. Saya jawab walaupun tidak ada kunjungan rasmi, dua kali saya ke sini (pada 2023). Pertama saya telah datang sewaktu gempa bumi.

“Selepas itu saya singgah beberapa jam dari Riyadh ke sini sebelum ke Kaherah, berjumpa Fatah El Sisi. Dalam rangka mencari dokongan ketetapan negara Islam lebih tegas, membela nasib rakyat Palestin khususnya di Gaza,” katanya lagi.

Justeru, untuk lawatan rasmi pertama ke Turkiye, Perdana Menteri Anwar beriltizam untuk mengadakan pertemuan yang lebih substantif dengan Erdogan, supaya persahabatan kedua-dua negara lebih bermakna.

Selain itu Anwar berkata, Malaysia juga berhasrat untuk terus meperkukuh hubungan sedia ada, di samping meneroka peluang baharu dalam pelbagai sektor penting seperti perdagangan, pelaburan, kerjasama diplomatik sama ada dalam pendidikan, keselamatan, kebudayaan, dan pelancongan.

Terdahulu Perdana Menteri tiba di Ankara pada 7.13 malam waktu tempatan diiringi isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail;  Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengajian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan.

Sebelum ini Duta Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal berkata, mesyuarat majlis tersebut, yang akan berlangsung pada 7 Januari, adalah satu platform kerjasama Malaysia dan Turkiye yang diuruskan bersama antara Anwar dan Erdogan.

Beliau berkata, perbincangan merangkumi isu-isu berkaitan perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, pertahanan, keselamatan, tenaga, semikonduktor, kesihatan, pelancongan, pendidikan dan pertukaran antara masyarakat serta kerjasama serantau dan antarabangsa.

Dalam perkembangan sama, Sazali berkata, lawatan tersebut merupakan kunjungan balas susulan lawatan rasmi Erdogan ke Malaysia pada Februari 2025.

Katanya, Istiadat Sambutan Rasmi dijadual berlangsung hari ini di Kompleks Presiden, di sini.

Ia kemudian diikuti dengan pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin itu bagi membincangkan kerjasama dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.

Selain itu, Sazali berkata, Perdana Menteri turut dijadualkan untuk menerima anugerah The Order of the Republic khusus untuk ketua-ketua kerajaan yang berjaya mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.


Sumber: Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 04:05 PM | Show all posts
MANJAHHHHHHH....putus-putus kawan pulekkkk... hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 07:51 AM | Show all posts
haaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 10:42 AM | Show all posts
up diri sendiri ja laa penjubotua ni. jarang la jumpa artikel dari luar yg praise dia.. semua dia praise diri sendiri saja, pemimpin tu suka suka dia pemimpin ni suka dia. buka mulot ja muhung
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 11:15 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 7-1-2026 04:05 PM
MANJAHHHHHHH....putus-putus kawan pulekkkk... hahahahahaha



wartawan pun

punya banyak intipati perjumpaan bilateral nih

yg manjaahhh2 pulak yg dihilite



Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat Türkiye ingat burger benjol, apa punya turrrrrr..., inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ruam lampin, itupun ada hati nak interview jadi cikgu katanya! Pepatah Jawa ada mengatakan crab wants to teach its children how to walk in straight line, edayildiz tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2026 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm dlm drama upin ipin..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 8-1-2026 01:01 PM
Ingat Türkiye ingat burger benjol, apa punya turrrrrr..., inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ...

Apa benda yg ko tempek ni sister oii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.465734 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list