|
View: 977|Reply: 8
|
“Susah Nak Cari Lelaki Provider Zaman Sekarang, Dah Pupus” - Wana Ali
[Copy link]
|
|
|
Pelakon Wanna Ali berpendapat bukan mudah untuk mendapatkan lelaki yang bertanggungjawab atau ‘provider’ dan sanggup menyara keluarga.
Memetik Utusan Online, Wanna berkata dalam ajaran Islam sudah digariskan bahawa nafkah merupakan tanggungjawab lelaki, begitu juga wanita perlu menjadi isteri yang taat.
“Memang susah nak cari lelaki ‘provider’ yang boleh menyara pasangan. Saya rasa lelaki yang benar-benar baik pada zaman sekarang ini seperti sudah pupus. Semoga berjaya kepada wanita di luar sana kerana hakikatnya memang tidak mudah.
“Apabila topik lelaki ‘provider’ dibincangkan, ada yang memberi reaksi seperti ‘apa awak boleh beri kepada saya?’. Sedangkan dalam agama kita sudah jelas bahawa lelaki bertanggungjawab menyediakan nafkah.
“Dalam masa sama, wanita juga perlu menjadi isteri yang taat dan setia kepada suami,” katanya.
Sementara itu, Wanna berkata ianya tidak menjadi kesalahan untuk wanita yang berdikari menetapkan standard dalam memilih pasangan.
“Saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang buruk apabila seorang wanita yang sudah berdikari dan menyara diri mahukan seorang lelaki yang mampu menyara dirinya pula.
“Jika saya mahu berkahwin, tidak logik sekiranya saya pula yang perlu menyara suami,” katanya.
Dalam pada itu, Wanna turut bersyukur dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan menjaga kebajikannya sejak mereka mendirikan rumah.
“Kalau orang kata saya nampak lebih berseri selepas berkahwin, itu kerana suami menjaga saya dengan baik,” selorohnya.
Sumber: Utusan Online, Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ye lah
1st look terus keluar ..eh ni bukan DD ke
acetuu
anyway....
back to topic, more like patutnya...zaman sekarang
perempuan tak perlu bergantung kpd lelaki utk berjaya dlm hidup; utk ke depan
u provides urself lah
klu berjodohan pun, make sure u tetap ada karier sendiri, harta ats nama u sendiri
agitchewww

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wirazam at 8-1-2026 08:05 PM
Kena join aktiviti org kaya...naik kuda, main polo, golf, etc etc pasti ada datuk or tan sri..takpun jutawan ...
Ini MO retis2 dululah...kt mana tah terbaca hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia pun anak mantan igp.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko nk laki provider, nak laki baik.
Ko baik ke?
Dan2 nk puji suami ko baik.
Pastu semua laki lain jahat.
Sbb laki ko berduit.
Ok, done merempan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni budak muda lgi apahal nmpk tua sgt eh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lalasahaja at 8-1-2026 11:25 PM
lelaki kaya, seumur, setia dan baik memang susah cari
tapi lelaki provider B40/M40 ramai je.. tapi tak hidup mewah lah.. duduk studio apartment tapi selesa berlambak.. ataupon PPR yang unit sendiri di jaga baik..
wana ni kena hati2... macam riak hubby sendiri terpaling baik sgt pon ada.. takut.mengundang penyondol |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Asal mcm dd lak kali ni.hahhhaaaha.pdhal muka dia ada iras sorg lg pelakon lain.x ingt nama |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|