CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1342|Reply: 1

Doktor bedah adik Medina yang menghidap penyakit Biliary Atresia di China rupanya orang Johor

[Copy link]
Post time 7-1-2026 09:39 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Doktor pakar yang berjaya melaksanakan pembedahan pemindahan hati ke atas Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq yang menghidap penyakit Biliary Atresia, merupakan rakyat Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh ketika beliau melawat kanak-kanak berusia dua tahun tersebut di sebuah hospital di Shanghai, China hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, Medina dilihat menunjukkan perkembangan positif dan dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Dr. Muhamad Akmal turut meluangkan masa bersama kanak-kanak tersebut yang dianggap sebagai ‘buah hati’ beliau.

“Alhamdulillah berkat doa daripada semua, adik Medina insya-Allah akan discaj dari hospital esok setelah 21 hari di sini (Shsnghai). Terima kasih atas doa daripada anda semua untuk adik Medina,” katanya.

Dalam kunjungan tersebut, Dr. Muhamad Akmal turut bertemu dengan doktor pakar yang menjalankan pembedahan ke atas kanak-kanak berkenaan.

“Saya nak bagitahu kepada semua orang dekat Malaysia, progress (perkembangan) adik Medina sangat baik dan tangan yang bedah adik Medina ini adalah seorang doktor yang berasal dari Johor,” ujarnya.

Sebelum ini, Dr. Muhamad Akmal menyerahkan wang simpanan sebanyak RM120,000 yang sepatutnya digunakan untuk menunaikan haji bagi membantu Medina yang memerlukan rawatan pemindahan hati segera di China.

Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hairan aku si kemal ni, kemain kutuk cina dan china tp ujung2 jilat balik punggung china.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.120678 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list