CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1946|Reply: 8

Pemuda rogol kakak kandungnya dihadapkan ke mahkamah selepas beberapa bulan menghilang

[Copy link]
Post time 2-1-2026 04:56 PM | Show all posts |Read mode




MUAR: Selepas beberapa bulan menghilangkan diri, seorang pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kakak dan mengambil dadah.

Tertuduh yang berusia 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol kakak kandungnya berusia 25 tahun di sebuah rumah dalam daerah ini pada jam 4 pagi, Mei lalu.

Berdasarkan laporan dibuat, pada hari kejadian mangsa sedang tidur di ruang tamu rumahnya sebelum didatangi tertuduh.

Mangsa terjaga dari tidur kerana berasa ada sesuatu sedang menindih tubuhnya namun berjaya mengecam individu terbabit yang juga tertuduh.

Selepas kejadian itu, tertuduh menghilangkan diri dan pelbagai usaha dijalankan sehinggalah ditahan beberapa hari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan kes disebut semula pada 2 Mac ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) yang dibaca bersama Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah jenis ampthetamine dan methamphetamin.

Perbuatan itu dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada jam 12.35 tengah malam, 29 September lalu.

Bagaimanapun tertuduh juga mengaku tidak bersalah dan Majistret Kartini Kasran membenarkannya diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh gagal membayar semua ikat jamin berjumlah RM13,000 sebelum dibawa ke Pusat Koreksional Muar bagi menjalani tahanan sementara.

Sumber:- BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 05:00 PM | Show all posts

Mangsa terjaga dari tidur kerana berasa ada sesuatu sedang menindih tubuhnya namun berjaya mengecam individu terbabit yang juga tertuduh.

Selepas kejadian itu, tertuduh menghilangkan diri dan pelbagai usaha dijalankan sehinggalah ditahan beberapa hari lalu.



TAK MELAWAN KE?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Cubaan rogol ke dah kena rogol.

Scary nye la bila baca kes sumbang mahram. Nauzubillah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pondan kan ramai, gayes2 yg bersedia menghisap zakar menyerahkan bontot. Nakjugak main adik beradik giless.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 11:16 PM | Show all posts
jejai replied at 2-1-2026 09:00 AM
Mangsa terjaga dari tidur kerana berasa ada sesuatu sedang menindih tubuhnya namun berjaya mengecam ...

ni jenis tengok keyword step sister banyak sangat la ni.
konon tido sesama pastu rogol orang sebelah masing2 enjoy.


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2026 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
What happened to Johor?

Aku dengar cerita keluarga belah mak yang balik kampung di Johor pun cerita semua masalah sosial.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2026 11:26 AM | Show all posts
boleh tak gubal undang2 utk wajib senaraikan manusia2 yg pernah terlibat dadah ni dan warwarkan? senang kita nak elakkan. sbb diorang cant be the same person they used to be dah. urat dlm kepala dah affected sbb dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 10:59 PM | Show all posts
B40tastePosh: What happened to Johor? Aku dengar cerita keluarga belah mak yang balik kampung di Johor pun cerita semua masalah sosial.

Rumah sendiri. tanah sendiri . otak takde nak pikir bayar sewa whatever.
banyak ruang kosong & Free time. . .

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2026 03:25 PM | Show all posts
Rupa mcm keturunan konoha..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 1.304690 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list