CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1248|Reply: 4

Malaysia antara negara terbaik untuk pesara - VnExprss

[Copy link]
Post time 2-1-2026 04:23 PM | Show all posts |Read mode





HANOI – Malaysia dan Thailand berada dalam senarai 10 destinasi terbaik untuk bersara pada tahun 2026, lapor portal berita VnExprss semalam yang memetik laporan majalah International Living berpangkalan di Ireland.

Malaysia berada di kedudukan ke-10, jatuh tiga anak tangga berbanding tahun lalu, manakala Thailand berada tempat ke-9, naik satu kedudukan dalam Indeks Persaraan Global Tahunan 2026.

Indeks itu menilai faktor seperti perumahan, visa dan faedah, kos sara hidup, penjagaan kesihatan, iklim, pembangunan, tadbir urus dan penarafan daya tarikan.

Menurut laporan tersebut,  Pulau Pinang merupakan destinasi ideal untuk pesara susulan harga makanan berpatutan, sewa  rumah yang murah dan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti.

“Makan di luar adalah berpatutan dan sangat memuaskan. Sepinggan char kuetiau atau mi goreng berharga kurang AS$2.46 (RM10). Makanan di sini bukan sahaja murah, malah sangat sedap,” demikian menurut laporan tersebut.

Kadar bulanan sewa kediaman di Pulau Tikus, Tanjong Tokong atau George Town, Pulau Pinang adalah sekitar AS$369 (RM1,500) hingga AS$862 (RM3,500)

Kos rundingan doktor pakar biasanya antara AS$24.50 (RM100) hingga AS$61 (RM250).

Bagi Thailand pula, laporan itu turut mendapati negara tersebut menarik minat pesara kerana kos sara hidup yang rendah dan iklim tropika.

Internet berkelajuan tinggi di Thailand mencecah hampir satu gigabit sesaat dengan kos kurang AS$20 (RM81) sebulan, manakala perkhidmatan pembantu rumah mingguan berharga sekitar AS$15 (RM61).

Menurut anggaran laporan tersebut, seorang pesara bujang yang hidup dengan perbelanjaan kira-kira AS$1,200 (RM4,800) sebulan boleh menyewa studio bernilai AS$300 (RM1,200) di Chiang Mai, menikmati makanan Thai dengan kos sekitar AS$10 (RM41) sehari.

Dalam senarai itu, Greece disenaraikan sebagai destinasi persaraan terbaik, diikuti oleh Panama dan Costa Rica. – AGENSI


Sumber:-KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 05:30 PM | Show all posts
bersara untuk pati ke..dah kahwin perempuan local settle buka bisnes beranak pinak
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 05:40 PM | Show all posts
Vietnam tangga berapa...?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu mungkin yer...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 06:44 PM | Show all posts
hang nak bersara di Malaysia, absorb la budaya dan peraturan Malaysia

ni nak bersara kat sini, tapi expect kita layan diorang macam raja pulak. memang idok ler. asal musim durian je ko komplen, memang weols tepek tempoyak kat rumah hang padan muka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.505224 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list