CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 98|Reply: 0

Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun

[Copy link]
Post time 1-1-2026 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 1-1-2026 11:12 AM



Gambar hiasan. | Freepik.com

ISTANBUL: Perancis akan meneliti satu rang undang-undang pada Januari ini yang bertujuan melarang penggunaan media sosial bagi golongan bawah 15 tahun serta melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah menengah, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik penyiar Franceinfo pada Rabu.

Majlis Negara Perancis dijadual meneliti rang undang-undang itu pada 8 Jan ini dengan tujuan menyekat akses media sosial bagi golongan muda di bawah umur 15 tahun serta melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah menengah bermula tahun persekolahan baharu pada September 2026.

Menurut sumber kerajaan, rang undang-undang itu digubal bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang Kesatuan Eropah, berbeza dengan percubaan sebelum ini yang gagal memenuhi keperluan perundangan berkenaan.

Pada November lalu, Presiden Emmanuel Macron menyatakan hasrat untuk meluaskan larangan penggunaan telefon bimbit ke sekolah menengah bermula sesi persekolahan 2026-2027 serta mengenakan larangan penggunaan media sosial kepada golongan bawah 15 atau 16 tahun.

Larangan penggunaan telefon bimbit telahpun dilaksanakan dari peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah rendah. — Bernama


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.172832 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list