CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1220|Reply: 2

Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang emas mulai esok

[Copy link]
Post time 31-12-2025 05:49 PM | Show all posts |Read mode




Kota Bharu: Rakyat Kelantan yang berminat menjadi pendulang boleh membuat permohonan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pejabat Tanah Jajahan mulai esok, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata, permohonan yang dihantar akan diproses dan diluluskan dalam tempoh tertentu mengikut syarat ditetapkan.

"Setakat ini kita tidak meletakkan sebarang had permohonan… semua yang berminat boleh mengisi borang tersebut yang disediakan secara manual di PTG atau pejabat tanah jajahan.

"Daripada maklum balas yang diterima menerusi media sosial, kita jangkakan permohonan untuk mendulang akan mendapat sambutan yang menggalakkan, dan PTG telah memberi komitmen bahawa pihaknya bersedia untuk menguruskan proses permohonan itu," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli berkata, bagi pembeli emas pula, mereka perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri bagi urusan pembelian mineral berharga itu.

"TG juga akan mengeluarkan pewartaan kawasan mendulang emas dalam masa terdekat membabitkan empat jajahan yang telah dikenal pasti mengandungi sumber mineral itu.

"Empat jajahan itu adalah Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai... kita juga akan kenal pasti kawasan lain yang ada sumber ini dan akan membuat penilaian dari semasa ke semasa untuk diwartakan," katanya.

Beliau berkata, antara syarat utama yang melayakkan seseorang itu memohon sebagai pendulang ialah rakyat Kelantan sahaja dan menggunakan kaedah mendulang secara manual.

"Kerja mendulang juga hanya dibenarkan di kawasan yang telah diwartakan dan dilakukan pada waktu pejabat," katanya.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2026 09:25 PM | Show all posts
Permohonan untuk mendulang dah dibuka, tapi mewartakan kawasan belum buat lagi.
Amende ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut makin banyak kes tanah runtuh


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 1.554286 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list