|
View: 1366|Reply: 4
|
Ibu bapa sambut baik langkah KPM tidak wajibkan pemakaian tali leher
[Copy link]
|
|
|
Kuala Lumpur: Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) yang tidak lagi mewajibkan pemakaian tali leher ke sekolah mulai tahun hadapan disambut baik oleh ibu bapa, dengan majoriti berpandangan langkah itu lebih realistik, selari dengan amalan semasa serta mengambil kira keselesaan murid dan beban keluarga.
Eksekutif Teknologi Maklumat, Hasbi Arshad, 41 berkata pengumuman itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kelonggaran pemakaian sudah lama diamalkan di sekolah anaknya.
"Sejak 2024 lagi, tali leher biasanya hanya dipakai pada hari Isnin semasa perhimpunan.
"Hari lain pula lebih fleksibel mengikut aktiviti dan cuaca, jadi pengumuman ini baik kerana ia mengesahkan amalan sedia ada," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, walaupun tali leher memberi imej kemas dan berdisiplin, aspek praktikal perlu diutamakan memandangkan cuaca panas dan rutin murid yang aktif.
Seorang lagi bapa, Muhd Ammar Aisy Achom, 40 turut menyambut baik keputusan itu dan menyifatkannya sebagai langkah positif serta berpijak di bumi nyata.
"Disiplin dan imej pelajar tidak terletak pada tali leher, sebaliknya dibentuk melalui sikap, nilai, adab dan tanggungjawab.
" ada saya, pelajar berdisiplin akan tetap berkelakuan baik walaupun tanpa tali leher," katanya.
Menurutnya, dari sudut kos, pengurangan satu item pakaian walaupun kecil tetap memberi kelegaan kepada ibu bapa, khususnya yang mempunyai ramai anak bersekolah, selain meningkatkan keselesaan murid dalam iklim panas dan lembap negara.
Sementara itu, suri rumah, Shaidatul Akma Ramlan, 40, berpandangan pemakaian tali leher masih wajar dikekalkan pada hari tertentu bagi membentuk ketrampilan dan keyakinan diri murid.
"Boleh buat kelonggaran pakaian mengikut hari, contohnya Isnin wajib pakai tali leher, tetapi hari yang ada aktiviti pendidikan jasmani dan seumpamanya tidak diwajibkan pakai.
"Jumaat pula baju Melayu dan pada saya itu lebih seimbang dan masih membentuk disiplin anak-anak," katanya.
Menurutnya, disiplin berpakaian di sekolah penting sebagai persediaan anak-anak menghadapi alam pekerjaan pada masa depan.
Terdahulu, KPM memaklumkan pemakaian tali leher masih dibenarkan berdasarkan keputusan permuafakatan pihak sekolah dengan ibu bapa.
Sehubungan itu, KPM menegaskan bahawa tiada pihak dibenarkan membuat sebarang paksaan atau tekanan terhadap murid berkaitan pemakaian tali leher.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
iols sekolah berzaman dulu pun, hari Isnin je budak laki diwajibkan pakai. untuk perhimpunan sekolah. hari lain tak perlu pun. still, ada je hari lain budak pakai, nak nampak smart |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu tak pakai, kena demerit |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN: iols sekolah berzaman dulu pun ...
Sama macam sekolah saya dulu. Isnin saja wajib necktie. Hari lain sunat pakai.
Tapi aku pelik lah pengumuman tu...kenapa tak umum awal? Koperasi sekolah kakak saya dah order untuk sesi 2026. Confirm ramai parents taknak beli nanti. Kalau umum awal kan bagus. Ke benda tu baru je fikir masa bangun subuh, tunggu siang terus umum?
Adoilah! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko tanya yang setuju jumpa lah yang setuju, cuba tanya yang tak setuju.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|