CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1443|Reply: 6

Guru mengaku lakukan amang seksual terhadap 2 murid lelaki

[Copy link]
Post time 31-12-2025 05:43 PM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Seorang guru hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki.

Kumpul, 40, yang merupakan warga Indonesia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah rendah agama di Wangsa Maju, di sini, antara April 2024 dan November lalu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 16(1) akta sama.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan minimum dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof tidak menawarkan jaminan kerana semakan Imigresen mendapati maklumat pasport tidak sama dengan tertuduh dan terdapat risiko untuknya melarikan diri selain memohon tarikh lain untuk memaklumkan fakta kes serta hukuman.

Hakim Noridah Adam tidak membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin dan menetapkan 5 dan 21 Januari ini untuk fakta kes serta hukuman.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2025 06:40 PM | Show all posts
Siapa suruh memperkosa budak lelaki..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah..guru pun ssh nk percaya sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 04:28 PM | Show all posts
Kalau tengok kat TV masa nak mula proceeding nanti ada announcement kes 'Pervinah Vs Kumpul bla bla bla'


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah ap lah jadi skrg, cikgu pun ada yg songsang
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 05:35 PM | Show all posts
gila la dunia ni. mcm mcm org.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2026 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang telah terjadi bersepah tipu helah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.122242 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list