CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 15

’15 tahun sakit, aku tak pernah susahkan orang, hadap semua sendiri’ - Elyana

[Copy link]
Post time 31-12-2025 02:25 PM | Show all posts |Read mode





Kesabaran semakin tipis, penyanyi Elyana diuji kini kembali mula menjalani rawatan kemoterapi bakal mendedahkan identiti pemilik akaun laman sosial yang kerap mengganggu atau menyerangnya dengan kata-kata kesat.

Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 40, berkata, dia sudah tidak mampu lagi berdiam diri apabila berdepan manusia kurang ajar yang hanya berani di gelanggang media sosial.

“Maaf, saya tak kacau orang dan tak suka biadab dengan orang. Mulai hari ini, saya tidak akan bertolak-ansur dengan manusia biadab.

“Selepas ini siapa yang macam pengecut, aku tepek sekali muka di sini. Win-win situation (situasi menang-menang,” katanya dalam InstaStory.

Difahamkan, perkara tersebut berkaitan dengan komen seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan penampilannya ketika ini.

Menurut ibu kepada dua cahata mata itu, perkongsian berkenaan sel kanser yang merebak semula bukan bertujuan meraih simpati orang ramai.

Malah Elyana juga berharap mana-mana pihak tidak salah faham dengan setiap hantaran yang dilakukan kerana itu hanya mengenai perkembangan diri selain mahu menyuntik semangat kepada insan sekeliling.

“Selama 15 tahun sakit, aku tak pernah menyusahkan sesiapa. Aku hadap dan tahan seorang diri.

“Aku seorang pesakit yang boleh membantu orang lain ketika sakit. Bahkan orang yang sihat pun aku tolong tanpa memikirkan diri sendiri.

Jadi aku terkesan bila orang kata nak minta simpati. Berhenti cakap aku minta simpati,” ujarnya.

Melalui hantaran lain pula, dia mengakui belum sebaik seperti orang lain, namun kesal apabila mendapati ada individu bersikap paling suci hingga sanggup menghina.

“Ya, mungkin aku belum sebaik atau sesuci kalian tapi niat kalian tak menghalalkan cara yang biadap.

“Aku tahu kat luar sana ramai yang rasa diri terpaling suci, sampai menghina dan jadikan aku bahan ketawa. Tapi hati-hati, jangan confident (yakin) sangat, sampai makan diri sendiri.

“Aku dah rasa proses hidup yang menyakitkan, takut bila kalian kat tempat aku, kalian tak boleh hadap nanti. Jadi jaga hati, jaga lidah, jaga jari,” tulisnya.

Terdahulu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akal Mu itu mendedahkan kembali menjalani rawatan kemoterapi sehingga mengalami keguguran rambut.

Elyana menghidap barah limfoma tahap empat sejak 2010 dan disahkan bebas daripada sel kanser pada 2021.  

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2025 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus kuat yer
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 12:21 PM | Show all posts
Edited by ajeajelah at 1-1-2026 12:25 PM

Memang celaka besar netizen2 yang suka kacau emosi orang lain(retis2 atau orang biasa) dan kaki fitnah. Set netizen yang kaki fitnah ni suka buat fitnah secara halussss nampak macam tak obvious tapi dia sedang wujudkan perasan "iye ke?" dalam hati orang lain yang baca tu. Nak2 orang tu tengah diuji dengan penyakit. Aku selalu doa supaya netizen2 kat online dan sembunyi di balik id yang tulis kata2 dengan niat nak lumpuhkan emosi dan nak beri depresi kepada orang lain akan ditimpa malang berulang kali dalam kehidupan sebenar dan hidup sentiasa terumbang ambing dan emosi selalu tak stabil, rasa tak sedap hati setiap saat tapi tak ketahuan punca!!!! itu je pengajaran untuk netizen dari neraka. Tabahlah Elyana. I feel you.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 01:10 PM | Show all posts
umur pun dah 40 Ell..
kenapa nak berlawan dengan takdir.  pernah sembuh tp lps tu buka tudung.
bila relapse, tak perlulah hadap sgt dengan socmed ni
mengadu lah kepada Allah swt. bukan kepada netizen.
moga cepat sembuh. adik kita pun setahun dalam rawatan tp meninggal sebab kanser
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 1-1-2026 03:49 PM

Kenapa perlu buka comment section? Biar la dia tak bertudung. Tak perlu nak hina dia. Ko tak percaya neraca mizan ye?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 03:33 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 1-1-2026 01:23 PM
Kenapa perlu buka comment section? Biar la dia tak bertudung. Kan ada banyak cara nak buat pahala. K ...

Kristian Sabahan/Sarawakian detected.

p/s : Korang boikot forumer Kristian Sabah dan Sarawak. Dorang ni tulis BM macam orang Melayu tapi dorang ni penyokong zionis laknatullah sbb dorang Kristian evangelikal pemakan babi tapi menyamar macam orang Melayu Islam. Dorang baaaanyak kat forum ni. Nak detect dorang ni senang je. Bila korang dah biasa baca ayat2 dorang, korang akan dapat detect.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2026 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 1-1-2026 03:50 PM
ajeajelah replied at 1-1-2026 03:33 PM
Kristian Sabahan/Sarawakian detected.

p/s : Korang boikot forumer Kristian Sabah dan Sarawak. Do ...


Kelas belakang detected.

Neraca mizan dalam spm ada belajar la. Pergi bukak buku balik la. Eh kristian boleh belajar Pendidikan Islam ye. Aje bodow. Oh Sabah Sarawak eja bodow camni tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sakit, lagi2 terminal illness ni iols tak sanggup nak cakap buruk2. Iols doakan el cpt sembuh dan terus kuat. Tabah la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga diberikan kesembuhan dan kekuatan
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni elyana agak emosi. Iols syak cancer kali ni bukan biasa2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku sendiri
Kini aku sendiri
Hadapi hidup ini….
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada tu breast cancer survivor, rasanya tiga kali kot dia kena. Dia buat je apa yg dia suka buat di samping kerjaya hakiki dia. Kalau acik porum tahu tentu berbakul2 dia kena hencap lagi teruk dari elyana ni.


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu klu blh jgn la layan medsoc masa tgh sakit mcmni. Bila stress nti lg teruk pulak kanser tu. Ape pun moga nana dikurniakan kesembuhan dan kekuatan nak lawan penyakit. Aamiinn3
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan... Aaamiin
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
15 tahun tu lama. Angkuh dalam berkata-kata elyana. Mustahil tak susahkan orang dan semua hadap sendiri. Anak2 dan suami, keluarga terdekat banyak berkorban jaga pesakit kanser. Tengah chemo tu apa je yang larat buat sorang2? Nak drive balik rumah lepas cycle selesai pun tak larat ye.
Netizen ye la takde tolong apa2. Buat apa layan komen orang luar dan menidakkan bantuan orang terdekat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa pesakit kanser yg aku baca kisahnya kat socmed, semua jenis jejak tanah, humble & memberi info/educate pasal progress/keadaan semasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:19 AM GMT+8 , Processed in 2.745104 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list