CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1469|Reply: 3

Laluan Cameron Highlands-Gua Musang dibuka, dikenakan caj RM5

[Copy link]
Post time 31-12-2025 02:18 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Laluan Cameron Highlands-Gua Musang yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh kini boleh dilalui semula menerusi laluan sementara dibina oleh pihak syarikat perladangan.

Menerusi perkongsian video pengguna TikTok @nashtemiar2025, dia memaklumkan pengguna yang melalui laluan tersebut akan dikenakan bayaran RM5 bagi perjalanan sehala dan RM10 untuk perjalanan pergi dan balik.

“Info terkini pada 30 Disember, sekarang kita sudah boleh guna laluan yang dibina oleh pihak syarikat perladangan. Cuma dikenakan bayaran RM5 sehala. Kalau pergi balik, sediakan RM10. Mungkin bayaran untuk pihak kontraktor yang membina laluan ini,” katanya.

Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati memandangkan keadaan cuaca masih dalam musim tengkujuh.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya bersyukur laluan tersebut kembali boleh digunakan, namun berharap aspek keselamatan terus diberi keutamaan.

“Saya sanggup bayar RM10 daripada menggunakan laluan Sungai Koyan. Tetapi kalau hujan agak tidak sesuai lah sebab takut licin,” komen Etty Ezzaty.

“Dari Gua Musang ke Perak, saya sanggup bayar RM30 kalau boleh lalu jalan ni. Perjalanan cuma tiga jam tetapi ikut jalan lain, enam jam baru sampai kampung,” kara Asyraf Syazwan.

“Okay la tu bayaran RM5. Dia nak buat kos jalan tu pun bukan sikit pakai duit. Kalau jimat kilometer dan dapat juga jimat minyak kereta. Pada aku, aku nak cepat sampai saja cuma mungkin kurang sesuai untuk laluan belah malam,” komen Zahar.  

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 03:44 AM | Show all posts
tengok gambar atas tu, feel dia macam lalu jalan zaman dulu la.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 1-1-2026 06:28 PM

Bagi menghangatkan topik:

Baju pengantin ditemui dalam SUV jatuh gaung, 5 hantaran tinggal kenangan

https://b.cari.com.my/forum.php? ... ge%3D1&mobile=2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 1-1-2026 06:26 PM
Bagi menghangatkan topik:

Baju pengantin ditemui dalam SUV jatuh gaung, 5 hantaran tinggal kenangan ...

Jalan kt thread ni laluan yg sama ke chuols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.587090 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list