CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1457|Reply: 8

Ambang Tahun Baharu: DBKL ‘cuci’ Bukit Bintang

[Copy link]
Post time 31-12-2025 02:16 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan pembersihan dan persiapan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 tengah malam nanti, seterusnya Festival ‘I LITE U’ di ibu negara.

Menerusi perkongsian DBKL pada Facebook, kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan di sekitar kawasan Jalan Bukit Bintang melibatkan cucian permukaan jalan, laluan pejalan kaki serta kawasan sekitarnya bagi memastikan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan terjaga.

Pada hantaran lain, turut dikongsikan beberapa gambar memperlihatkan pagar dan pentas di lokasi tersebut untuk sambutan malam ini dan Festival ‘I LITE U’.

“Kuala Lumpur kini semakin meriah dengan persiapan sambutan Ambang Tahun Baharu dan program I LITE U yang bakal menghimpunkan ribuan pengunjung di kawasan tumpuan bandar raya.

“Ketika ini, kawasan tapak program berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur hasil kerja pembersihan yang telah dilaksanakan,” kata DBKL.

Dalam masa sama, DBKL meminta pengunjung bersama-sama menjaga kebersihan dalam memastikan keadaan sentiasa bersih.

“Bagi memastikan semua pengunjung dapat terus menikmati suasana yang selesa, bersih dan teratur sepanjang berlangsungnya acara, marilah kita bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan kawasan program.

“Sampah kecil atau besar, pastikan ia dibuang di dalam tong sampah yang telah disediakan.

“Tindakan kecil anda memberi impak besar kepada imej bandar dan pengalaman semua pengunjung. Kuala Lumpur ini milik kita bersama, mari jaga bersama,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, DBKL menerusi syarikat Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) menyediakan sebanyak 25 unit tong sampah di sekitar kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu yang bakal berlangsung pada malam ini.

Menurut DBKL, penyediaan tong sampah jenis MGB240 liter itu ditempatkan di lokasi-lokasi tumpuan dengan jarak kira-kira 50 meter antara setiap tong bagi memudahkan orang ramai menguruskan sisa secara lebih teratur sepanjang sambutan berlangsung.

Terdahulu, Festival ‘I LITE U’ membabitkan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail dijadualkan pada 1 Januari dari pukul 6 petang hingga 11 malam, dan 3 Januari dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.

Selain itu, penutupan penuh Jalan Bukit Bintang turut dilakukan sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 bermula pukul 5 petang 31 Disember ini hingga pukul 2 pagi 1 Januari 2026.  

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2025 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas cuci kotor balik.  Yg dtg ni oin bukan dr klang valley, org kl sendiri duduk rumah tengok tv makan keropok je di ambang new yr.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 31-12-2025 02:27 PM
Lepas cuci kotor balik.  Yg dtg ni oin bukan dr klang valley, org kl sendiri duduk rumah tengok tv m ...

Memandai je kata bukan orang KL.

Dah tentu la orang KL dan tourist kebangga dan pujaan orang KL.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 31-12-2025 03:05 PM
Memandai je kata bukan orang KL.

Dah tentu la orang KL dan tourist kebangga dan pujaan orang KL. ...

"Saiya KL  juga worang kaka...Selayang kampung"-Rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 09:22 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 31-12-2025 03:05 PM
Memandai je kata bukan orang KL.

Dah tentu la orang KL dan tourist kebangga dan pujaan orang KL. ...

betul lah...meols org KL and meols dok umah jer malam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 31-12-2025 03:29 PM
"Saiya KL  juga worang kaka...Selayang kampung"-Rohingya


Kalau orang Sabak Bernam datang KL diorang tak suka, katanya macam baru keluar kampung. Walaupun buang sampah dalam tong sampah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2026 01:40 AM | Show all posts
Di  tempat tumpuan pelancong di Oxford st, regent st, Marble Arch ataupun west end mereka cuci secara berterusan bukan setahun ataupun 10 tahun sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 01:41 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-12-2025 09:46 AM










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 31-12-2025 03:05 PM
Memandai je kata bukan orang KL.

Dah tentu la orang KL dan tourist kebangga dan pujaan orang KL. ...

Saya ulang orang kl x koser nak berhimpit pergi tempat2 ni dah la dgn budak2 kepam dr ulu mana dtg euuuw.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:56 PM GMT+8 , Processed in 1.116661 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list