|
View: 284|Reply: 11
|
'Khidmat bakti, jasa Muhyiddin pimpin PN, selamatkan negara daripada COVID-19 tetap dikenang' - Afnan Hamimi
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebagai tindakan yang berjiwa besar dan sangat dihormati.
Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata, segala jasa dan khidmat bakti bekas Perdana Menteri itu selama memimpin PN dan Malaysia sebelum ini tetap dikenang dan diingati.
"Menyelamatkan negara daripada wabak COVID-19 dan memulihkannya semula sehingga kita kembali hidup seperti sedia kala hari ini antara jasa amat besar Muhyiddin kepada kita semua. Sejarah itu tidak boleh diubah.
"Segala pandangan yang pernah saya ungkapkan sebelum ini, sedikit pun tidak mengurangkan rasa hormat dan sanjung saya kepada Muhyiddin, lebih-lebih lagi sebagai abah, orang yang lebih berusia dan berpengalaman daripada saya," katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Semalam, Afnan Hamimi beranggapan PAS layak mengambil alih dan mengetuai PN, selepas isu yang berlaku di Perlis.
Beliau turut mencadangkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Pengerusi PN susulan kegagalan BERSATU mengawal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka menandatangani akuan bersumpah (SD) menolak Menteri Besar Perlis terdahulu, Mohd Shukri Ramli.
Hari ini, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU mengesahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa Khamis ini.
Ahli Parlimen Pagoh itu dalam kenyataan turut mengucapkan penghargaannya kepada semua kepimpinan PN yang memberikan sepenuh sokongan padanya bagi memimpin gabungan itu sejak penubuhannya lima tahun lalu.
Mengulas lanjut, Afnan Hamimi juga memohon maaf kepada Muhyiddin disebabkan kata-kata dikeluarkannya sebelum ini menyebabkan Ahli Parlimen Pagoh itu tidak senang atau tersinggung.
"Tiada langsung isu peribadi, melainkan hanya menyuarakan ketegasan untuk kebaikan kita bersama dalam sebuah kapal.
"Walaupun nakhoda berganti, kapal ini mesti terus belayar menempuh ombak dan badai, hingga sampai ke destinasi. Mewakili seluruh jentera Pemuda PN dan Pemuda PAS, kami ucapkan terima kasih, jasamu kami kenang sampai akhir hayat," katanya.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak kwsp keluar masa ni syukur |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku yg masih disini.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergh. Master stroke dari Yiddin. Tobat menyesal Afnan & ahli pas yg suruh Yiddin letak jawatan pengerusi PN. Sapa penasihat Yiddin ni ye. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
What a bless in disguise.. Kalu hj haji jd pengerusi PN nescaya sokongan cina india sbh srwk dan melayu urban melayu ats pagar akan sokong kjaan ppaduan phbn dan pmx hatta pmx kaki jubbo sekalipun rakyat tetap sokong. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Haaa dah Yidin letak jawatan, Peja pun letak jawatan, Jemin pun letak jawatan apalagi lobai PAS ambik le jawtan semua tu.. ekekekek phuikkk |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So MN aktif balik pastu berbatu bergabung dengan PH? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandai dia pujuk hati org tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So ini ke safwan eh afnan yg budak bob tu ckp calon pm? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|