|
View: 902|Reply: 1
|
Pengerusi PN Johor pula letak jawatan
[Copy link]
|
|
|
Johor Bahru: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor.
Dr Sahruddin ketika dihubungi memaklumkan tindakan itu dibuat susulan peletakan Pengerusi PN Pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Bekas Menteri Besar Johor itu turut memaklumkan perkara itu dalam hantaran terbaharu Facebook miliknya.
"Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Johor. Hilang jawatan MB (Menteri Besar) pun saya, letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka.
"Saya meletak jawatan sebagai pengerusi PN Johor. Saya mudah sahaja, bila pimpinan pusat letakkan jawatan, saya dilantik oleh Tan Sri (Muhyiddin). Bila beliau letak jawatan, saya pun letak (jawatan PN Johor). Jadi saya minta pimpinan Muafakat Nasional (MN) lantik Pengerusi PN baharu di Johor.
"Keputusan ini menyusul keputusan Tan Sri (Muhyiddin). Di Pagoh (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan BERSATU tiada perubahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sahruddin berharap pelantikan jawatan Pengerusi PN Johor yang baharu akan dapat memastikan PN menang lebih banyak kerusi di Johor.
" N Johor ok, tiada pergolakan. PN Johor sangat bagus. Kita baru mesyuarat dua minggu lepas dan ia berjalan baik. Peletakan jawatan ini tiada kena mengena dengan Johor," katanya.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|