CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 340|Reply: 9

Aztec, Bangsa Paling Kejam Di Dunia

[Copy link]
Post time 29-12-2025 05:02 PM | Show all posts |Read mode





Pernah tonton filem Appocalypto, babak kejar mengejar dan juga pengorbanan manusia? Babak tu sebenarnya real, menggambarkan tamadun Mesoamerika seperti Maya dan juga Aztec! Bahkan lebih tepat Aztec kerana Aztec memiliki tradisi dan kebudayaan mengorbankan manusia yang sangat-sangat zalim.

Kita kena faham bahawa dalam dunia Aztec, pengorbanan manusia dianggap perlu untuk memastikan alam semesta terus bergerak. Matahari tidak akan terbit dengan sendirinya. Hujan tidak akan turun tanpa bayaran. Kehidupan tidak akan subur tanpa hutang darah. Segala bentuk korban yang wujud lahir daripada logik ini, bahawa para dewa telah mengorbankan diri mereka terlebih dahulu untuk mencipta dunia, maka manusia wajib membalas pengorbanan itu dengan memastikan alam kekal seimbang.

Di bawah saya senaraikan pelbagai cara bangsa Aztec korbankan mangsa mereka.

1. Pengorbanan Jantung (Heart Extraction)
Ini ialah ritual paling pusat dan paling suci dalam kosmologi Aztec. Mangsa, selalunya tawanan perang, dibawa ke puncak kuil seperti Templo Mayor. Tubuhnya dibaringkan di atas batu korban, dadanya dibelah, dan jantung yang masih berdenyut diangkat ke langit. Jantung dianggap sebagai perwakilan hidup tenaga kosmik manusia.

Ritual ini terikat rapat dengan Huitzilopochtli, dewa matahari dan peperangan. Menurut mitologi Aztec, matahari sentiasa berada dalam keadaan lemah dan memerlukan tenaga darah untuk terus bergerak merentasi langit. Jika korban dihentikan, matahari akan terhenti dan dunia akan tenggelam dalam kegelapan. Maka, pengorbanan jantung ini diperlukan untuk memastikan jantung terus berjalan.

2. Pengorbanan Gladiatorial (Tlacaxipehualiztli)
Berbeza daripada ritual jantung yang pantas, pengorbanan ini bersifat pertunjukan dan simbolik. Tawanan diikat pada batu bulat yang dikenali sebagai temalacatl. Dia diberi senjata palsu, sementara pahlawan elit Aztec bersenjata lengkap. Pertarungan ini sengaja tidak seimbang. Ia  menzahirkan ketidakseimbangan antara manusia biasa dan kuasa dewa-dewi.

Ritual ini didedikasikan kepada Xipe Totec, dewa pembaharuan dan pertanian. Darah yang mengalir melalui ritual ini apabila Gladiator dah berjaya dibunuh nanti melambangkan benih yang jatuh ke bumi. Kematian mangsa dianggap perlu agar kehidupan baru boleh tumbuh. Dalam logik Aztec, kegagahan mangsa menghadapi kematian menaikkan nilai korban itu sendiri.

3. Pengorbanan Pengulitan (Flaying)
Selepas mangsa dikorbankan, tubuhnya dikuliti sepenuhnya. Kulit manusia itu kemudian dipakai oleh paderi selama beberapa hari dalam upacara awam. Kepada mata moden, ritual ini kelihatan menjijikkan. Tetapi bagi Aztec, ia adalah metafora pertanian yang sangat jelas.

Kulit lama yang ditanggalkan melambangkan kulit benih yang mati sebelum tumbuhan hidup muncul. Paderi yang memakai kulit itu dianggap sedang “memakai kehidupan baru”. Ritual ini menandakan peralihan musim, pembaharuan tanah, dan kesinambungan hidup. Kekejaman ritual ini sebenarnya mencerminkan realiti pertanian Mesoamerika yang keras dan tidak menentu.

4. Pengorbanan Kanak-kanak kepada Tlaloc
Antara ritual paling kontroversi dan emosional. Kanak-kanak dikorbankan khusus untuk memujuk Tlaloc, dewa hujan dan kesuburan. Air mata mereka dianggap lambang hujan yang akan turun. Tangisan bukan kegagalan ritual, tetapi petanda kejayaan.

Bagi Aztec, kemarau membawa kebuluran dan kematian besar-besaran. Maka, korban ini dilihat sebagai langkah mencegah bencana lebih besar. Dalam kerangka moral mereka, mengorbankan segelintir demi kelangsungan masyarakat dianggap pengorbanan yang perlu, bukan jenayah.

5. Pengorbanan Lemas
Dalam ritual air tertentu, mangsa dilemaskan di tasik, kolam, atau gua berair. Kematian melalui air dilihat lebih sesuai untuk dewa-dewa hujan dan air. Ia melambangkan kembali ke rahim kosmik, kerana air dianggap sumber asal kehidupan.

Ritual ini menegaskan kepercayaan Aztec bahawa cara kematian itu sendiri mempunyai makna kosmik. Tidak semua dewa menerima korban dengan cara yang sama. Alam mesti dibayar mengikut bahasa elemennya sendiri.

6. Pengorbanan Api
Mangsa dimasukkan ke dalam api suci, namun dikeluarkan sebelum mati sepenuhnya. Dalam keadaan cedera parah, jantungnya kemudian diambil. Api melambangkan transformasi, perubahan bentuk, dan penyucian. Dalam kosmologi Aztec, api ialah unsur yang menukar bahan lama menjadi sesuatu yang baru. Ritual ini sering dikaitkan dengan peralihan zaman dan kitaran kosmik, terutama menjelang upacara besar seperti pembaharuan kalendar.

7. Pengorbanan Anak Panah
Mangsa diikat pada rangka kayu dan dipanah beramai-ramai. Darah yang mengalir dan menitis ke tanah dianggap membaja bumi secara langsung. Dalam masyarakat agraria, hubungan antara darah dan tanah sangat literal. Tanah perlu “diberi makan” supaya hasil tanaman tidak gagal.

8. Pengorbanan Permainan Bola (Ōllamaliztli)
Permainan bola Aztec penuh dengan pertumpahan darah. Bola melambangkan matahari, gelang batu melambangkan pintu kosmos, dan pergerakan bola menggambarkan perjalanan alam semesta. Dalam ritual tertentu, pemain yang terpilih, sama ada kalah atau menang, akan dikorbankan. Kematian pemain bukan hukuman, tetapi penyempurnaan ritual. Mereka dianggap telah mengambil peranan kosmik yang tinggi dan layak “dipulangkan” kepada para dewa.

Ngeri bukan membaca sejarah pengorbanan bangsa Aztec? Saya dapat tahu pasal semua ni pun lepas baca buku KITAB TAMADUN MESOAMERIKA. Dalam buku ni, dia cover tamadun-tamadun yang pernah berdiri di bumi Amerika, dari Maya, Inca, Aztec. Olmec dan banyak lagi.

Sumber : Helmi Effendy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni Sama ngn cerita apocalypto Tu kn
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sadisnya!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
my fave movie!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 07:51 AM | Show all posts
scaryyyyyyyyy mcm cerita ape tah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 11:55 AM | Show all posts
salah..bangsa paling kejam adalah israel zionis laknat..budak2 bayi wanita orang tua pun dorang takut siap bom
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2025 12:04 PM | Show all posts
Babak tu sebenarnya real, maksudnya dorang bebetul kne bunuh ke waktu shooting tu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem apocalypto tu ada dlm netflix x? Nk tgk gk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2026 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Info yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nice info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.343024 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list