|
View: 280|Reply: 11
|
Wanita Share Pengalaman CT Scan, Rasa Sakit Buat Ramai 'Kecut Perut'- "Pedih gila. Panas..."
[Copy link]
|
|
|
Tak ramai yang betul-betul faham apa sebenarnya yang perlu dilalui oleh mereka yang terpaksa menjalani imbasan CT scan.
Kebanyakan orang hanya bayangkan pesakit baring di atas katil, kemudian mesin 'tarik masuk' ke dalam terowong. Selepas beberapa minit menunggu, semuanya selesai dan pesakit boleh keluar dengan tenang.
Tapi siapa sangka, prosesnya sedikit lebih mencabar daripada apa yang kita bayangkan.
Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita tentang pengalaman menjalani CT scan telah mencuri perhatian ramai. Bukan saja buat orang terkejut, malah ada yang mengaku rasa 'seram sejuk' hanya dengan membaca apa yang dilaluinya.
" edih gila. Panas..."
Menurut wanita ini, sebelum prosedur CT scan bermula, dia perlu minum tiga cawan air berwarna merah dan diminta tahan kencing.
Kemudian, tangannya pula dimasukkan branula sebelum doktor memasukkan sejenis cecair berwarna biru ke dalam saluran darah. Manakala, satu lagi cecair dimasukkan melalui bahagian belakang badan (bontot).
Lebih mencemaskan, selepas semua persediaan selesai, doktor keluar ke bilik lain dan hanya memberikan arahan dari jauh. Katanya, dari situ saja dia dah mula rasa tak sedap hati.
"Dia (doktor) cakap, kalau sakit tahan. Jangan gerak. Sekali lalu air biru kat branula. Pedih gila. Panas. Seluruh urat kau akan rasa air tu lalu. Kat bontot kau akan rasa air masuk lalu usus. Sampai la ke perut. Sumpah, aku trauma," kongsinya menerusi Threads @ninaehmed_.
Wanita itu berkongsi bagaimana sensasi panas dan pedih terasa seolah-olah mengalir dari kepala hingga ke hujung kaki. Malah, bahagian bawah badan juga terasa seperti ada sesuatu bergerak melalui usus sehingga ke perut.
"Kalau mak ayah kata CT scan dia buat tak sakit tu, nampak sangat mak ayah korang tipu korang. Sebab tak nak korang risau," tambahnya.
Netizen terkejut, kongsi cerita masing-masing
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui terkejut kerana selama ini mereka menyangka prosedur CT scan hanyalah proses biasa yang tidak menyakitkan.
Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing dan mengakui pernah melalui rasa sakit serta ketidakselesaan yang sama ketika menjalani prosedur tersebut.
Tidak kurang, ada juga yang meluahkan rasa sebak apabila mengingatkan apa yang mungkin pernah dilalui insan tersayang.
"Sedihnya baca. Macam tu ke arwah mak aku lalui. Ya Allah. Hari tu aku buat MRI ke apa tah, aku nangis dalam tu membayangkan arwah mak."
"Mak mertua saya sampai nangis sebab sakit. Merayu dia dekat doktor tak nak buat lagi dah CT scan. Kesian, dia dah la dah berumur, baru detect kanser stage 4."
Walaupun pengalaman ini kedengaran menakutkan, CT scan sebenarnya prosedur penting untuk diagnosis penyakit.
Setiap orang mungkin mengalami tahap kesakitan berbeza. Ada yang rasa biasa sahaja, ada pula yang melalui pengalaman seperti wanita ini.
Apa pun, perkongsian ini sekurang-kurangnya membuka mata ramai tentang realiti proses CT scan.
Sumber: Threads @ninaehmed_, Siakap Keli |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah.. mungkin pengalaman org berbeza2 bila melalui CT Scan. Bagi aku pulak.. rasa panas tu menjalar seluruh badan tu mmg terasa...n sebelum masuk kontras tu wajib mkn peninsolne... iye kot nama dia...tapi xtau lah kenapa xkena masuk ubat ikut punggung n xkena minum cecair apa2 pun....cuma diorg cucuk kt branula je..tp masa tu aku cuma request oksigen je.. sbb aku xboleh nk baring tanpa oksigen.. nanti aku xleh bernafas... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iol pernah buat scan guna contrast ni tak pasti apa nama yang betulnya. Bila dia masukkan contrast liquid tu memang rasa bahang satu badan. Tapi takde lah painful. Takde jugak masuk ubat kat bontot |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
beberapa tahun lepas pun ada viral benda sama
even though doctor dah bagitau risiko kecil, selamat, yada yada yada, tapi orang ramai jadi takut. nak scan otak gitu je tak nampak sangat. haluusss. kena telan contrast, baru nampak mengalir kat mana, ada tempat dia tak pergi ke, tersumbat mana. tapi nak buat camane, takkan nak paksa orang ye dak. dah diorang pilih untuk menolak. kita mampu doakan aje la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman aku - rasa panas memang ada...dan sesak nafas sebab memikirkan aku nak dimasukkan dalam tunnel tu! Aku langsung tak buka mata dari ward sampai bilik CT scan. Lepas semua proses selesai, keluar dari tunnel, baru aku buka mata. Liquid cucuk bontot tu takde. Mungkin lain penyakit, lain procedure.
Kalau boleh, next time dah tak nak dah.. Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku CT scan utk lung alhamdulillah xde la telan apa2 cuma kna make sure x gerak lgsg dia nk stitch image tu cntik2 gamaknya… xde rasa sakit or x selesa selain kena tahan batuk sbb tgh xsihat time tu… kna ulang 2 kali sbb terbatuk jua |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MMg ada rasa sensasi panas tu menjalar dari kepala ke serata badan.. pastu masuk pulak terowong tu tak bole gerak2.. Rasa mcm masuk spaceship nak kene humban ke outer space.. ekekek |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pglmn aku tak skt pun masuk ni cuma yg dia masukkan bahan tu rs la pns sikit cuma aku seriau time masuk dlm tu je hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu .. aku rasa yang sama. waktu masuk cecair tu rasa macam nak pecah tangan ni.. waktu cecair tu masuk dalam urat.. hanya allah yang tau sakitnya macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah minta dijauhkan la. I mmg x boleh buat mcm ni. Ubat anti fit yg pernah dimasukkan kat tngan pun terus mcm rasa kena bakar hidup2 laluan ubat tu. Aku jerit2 minta tolong pun diorg buat x tau. Mmg aku takkan maafkan org2 kat emergency tu. Esok nya lebam biru hitam kat urat spanjang ubat tu lalu terutamanya di lengan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|