LONDON: Bintang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah sekali lagi berdepan kecaman daripada sebahagian pengikut Muslim selepas berkongsi foto pokok Krismas, namun pada masa sama turut menerima sokongan meluas daripada peminat pelbagai latar belakang.
Pemain berusia 33 tahun itu menjadikan perkongsian foto pokok Krismas sebagai tradisi tahunan walaupun dia beragama Islam.
Tahun ini, dia memuat naik gambar dua anak perempuannya, Makka, 11, dan Kayan, lima tahun, duduk di sisi pokok Krismas yang dihiasi bebola hiasan serta reben merah besar.
Seperti sebelum ini, mesej ringkas yang dikongsi hanyalah '#MerryChristmas', namun ucapan itu sudah cukup mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
"Saya sangka anda tidak menyambut perayaan ini kerana ia dilarang dalam agama kita," tulis seorang pengikut.
Seorang lagi berkata: "Mo Salah, saya menyayangi anda sebagai peminat Manchester City. Saya melihat anda sebagai idola saya. Walaupun anda tidak pernah bermain untuk Manchester City, anda memberi inspirasi kepada saya. Namun selepas ciapan ini, saya tidak lagi boleh menganggap anda idola. Anda menghancurkan hati saya. Jika anda tidak memadamkannya, saya akan berhenti mengikuti anda."
Seorang pengikut lain menulis: "Anda seorang Muslim... anda perlu menghormati agama dan budaya anda... apakah yang anda mahu tunjukkan kepada jutaan orang."
Seorang lagi memberi amaran: "Saudara, takutlah kepada Tuhan demi diri anda sendiri - anda seorang Muslim dan jutaan orang mengikuti serta menyayangi anda, kebanyakannya Muslim dan golongan muda. Mereka akan menganggap apa yang anda lakukan sebagai perkara biasa, sedangkan ia dosa besar dan satu bidaah."
Ada juga yang menyifatkannya sebagai "sesuatu yang dikesali" bagi seorang "wakil Islam", dengan menulis: "Mengucapkan tahniah kepada bukan Muslim atas perayaan agama mereka adalah pengiktirafan terhadap kepercayaan mereka dan ia tidak dibenarkan menurut syariah. Populariti adalah satu amanah dan iman lebih berharga daripada penerimaan manusia. Takutlah kepada Allah, kerana kematian lebih dekat daripada tanda suka."
Namun begitu, Salah yang kini berada di Maghribi bagi Piala Negara-Negara Afrika, menerima sokongan besar daripada peminat Muslim dan bukan Muslim.
Ramai memuji sikapnya yang menyebarkan mesej muhibah serta menggalakkan perpaduan walaupun berbeza agama.
"Dunia akan menjadi tempat yang lebih baik jika kita bertolak ansur terhadap perbezaan," kata seorang pengguna.
"Rasa hormat tetap rasa hormat. Berada di Piala Negara-Negara Afrika tidak menghalangnya daripada berkongsi kasih sayang. Kemanusiaan diutamakan. Selamat Hari Krismas," tulis seorang lagi.
Seorang pengikut menulis: "Sejujurnya, saya menunggu gambar ini sejak 1 Disember. Gembira melihatnya kerana ia memberi ruang kepada pembenci dan penyokong untuk berbicara. Anda tidak pernah mengecewakan. Saya berdoa kegembiraan ini akan terus mengisi keluarga anda dan dunia seluruhnya. Tuhan memberkati."
Salah tidak dapat berada di bawah pokok Krismas kerana sedang berusaha memenangi gelaran Piala Negara-Negara Afrika pertama dalam kariernya.
Hari Krismas berlalu seperti biasa buat pemain bergelar 'Raja Mesir' itu apabila dia menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.
Dia menjaringkan gol kemenangan ketika menang 2-1 ke atas Zimbabwe Isnin lalu dan Mesir berharap dapat meneruskan momentum dengan menewaskan Afrika Selatan lewat malam ini.
Mesir adalah negara paling berjaya dalam sejarah Piala Negara-Negara Afrika dengan tujuh gelaran, namun kali terakhir menjulang trofi adalah pada 2010, setahun sebelum Salah mewakili skuad kebangsaan. – AGENSI
Pelancong bertudung makan di restaurant cina di jalan alor tu pun di sumpah seranah oleh lebai Malaya. Mereka fikir satu dunia kena menganut agama melayu!
Orang Islam barat orang Islam Middle East tiada masalah makan minum di restaurant ataupun cafe yang ada menu babi asalkan mereka tidak makan babi. Orang melayu pun tiada masalah masuk cafe ada menu Babi. Biasa sahaja!
Post time 26-12-2025 04:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku xnak la ckp psl hukum.tapi dia ni pun sejenis gigih bodohnya.dia ada duty dgn NT..gigih jugak la suh bini dia ambik.dulu2 aku ingat dia ni coptic christian ke hapa.biasalah mesir.tapi ternyata bukan.org pun saban tahun mcm acara tahunan tuduh dia kufar.ada masalah ke kalo tak post benda ni.kalo benda ni mengundang fitnah baik xyah
Post time 26-12-2025 05:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Salah ni bodoh. Baru ni buat komen rebel sampai ramai legends liverpool marah. Owen, Gerrard pun tak setuju. Yang backup dia fans Muslim jugak suruh dunia. Gol dah cecah 250 dengan Liverpool tapi ballon d'or setakat nombor 4 paling tinggi. Dembele injury prone perlu satu musim je nak menang ballon d'or. Kesimpulannya Salah overrated
Satu je nak cakap, yg Muslim kena nak gelabah peghak sangat nak sambut Xmas? Yg kapir, time kau raya pon takde sibuk2 nak anyam ketupat dan kacau dodol.
Post time 27-12-2025 09:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Orang multiculturalism public figure... Somehow islam jenis jumud.. memang tidak compatible dengan western culture... Sesuai hidup dalam islamic world saja... Setiap kali Christmas muslim pula ter paling mahu tunjuk terpaling islam...
Post time 27-12-2025 09:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Patutnya semua hiasan perayaan dia deco dkt rumah dia tu... Itu baru le terreflex semangat muhibahnya. Nak kecam pun terbantut kalo gitu. Ini setakat kismes je isk mmg patut la kecam sampai lumat
Post time 27-12-2025 10:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 26-12-2025 11:15 PM
Awat dia cetus kontroversi mcm ni?
Batak perhatian, kononnya paling muhibah. Fans Liverpool tak berkenan sangat pun dengan dia. Tamak, suka cari pasal dengan coach. Dengan Klopp dia lawan cakap, sekarang dengan Arne Slot dia cari pasal. Perasan bagus
Jangan kata Salah je, melayu2 kat Msia pon sama. Time datang Xmas je, masing2 jadi jakun, jadi sakai (excuse my language). Sebab orang kapir tak menyibuk pon time kita nak raya. Idok plak nampak kawan India iolls sibuk cari daun kelapa nak anyam ketupat, cari serai nak buat rendang. Konon2 Xmas ni perayaan orang barat, konon cukup moden la. Kalau muhibbah sangat, apasal tak celebrate Deepavali dgn Thaipusam sekali? Double standard plak Melayu2 gini dgn perayaan geng kicap.