CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 302|Reply: 0

‘Puas hati ke cakap macam-macam, yakin orang tak kenal dia?’ - Sweet Qismina

[Copy link]
Post time 25-12-2025 02:30 PM | Show all posts |Read mode





Seolah-olah sengaja menabur kebencian, pelakon Sweet Qismina mempersoalkan tindakan segelintir pengguna media sosial yang gemar meninggalkan komen tidak beradab, khususnya menerusi akaun tanpa identiti jelas.


Ujar Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 28, persoalan itu tercetus selepas melihat keberanian individu tertentu melontarkan kata-kata pedas di sebalik akaun berprofil kosong.


“Saya tertanya-tanya. Apa motif orang suka komen bukan-bukan tetapi gambar profil kosong, pengikut pun tiada?


“Puas hati ke boleh cakap macam-macam sebab yakin orang tak kenal dia?


“Pernah ada trauma, dibuli atau rasa tersisih ke? Sebab cara bercakap itu mencerminkan isi hati,” katanya dalam Threads.


Tambah pelakon filem Babah itu, perkongsian tersebut bukan bertujuan menyindir mana-mana pihak, sebaliknya sekadar meluahkan pandangan peribadi terhadap budaya toksik di media sosial.


“Saya bukan nak sindir sesiapa. Cuma berkongsi pendapat tentang sikap sesetengah pengguna yang terlalu mudah melempar kata buruk.


“Ada beza antara beri pendapat dan maki hamun. Tak boleh ke kalau salah ditegur elok-elok dan pihak ditegur pula terima dengan hati terbuka?” ujarnya.


Luahan isteri kepada pelakon Adam Lee itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan tersebut dan mengakui kewujudan akaun palsu sering menjadi punca suasana media sosial bertambah keruh.


“Betul, akaun kosong selalunya paling berani,” tulis seorang pengguna media sosial.


“Media sosial sekarang makin kejam, empati makin hilang,” komen netizen lain.


“Kalau tak berani tunjuk identiti, jangan berani lukakan hati orang,” tambah seorang peminat.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.145656 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list