CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 151|Reply: 0

Kos sara hidup di KL, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya paling tinggi - DOSM

[Copy link]
Post time 24-12-2025 03:39 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Kos sara hidup di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Putrajaya direkodkan yang paling tinggi berdasarkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata analisis Indeks PAKW bagi isi rumah pada tahun 2024, dengan Kuala Lumpur sebagai rujukan pada 100 mata indeks, menunjukkan perbezaan jelas di antara negeri.

Katanya, bagi isi rumah seorang, Selangor mencatat indeks tertinggi pada 92 mata indeks, diikuti Pulau Pinang (84.2) dan Putrajaya (83.1).

Manakala, nilai terendah dicatat di masing-masing di Kelantan dan Sarawak (53.7 mata) dan Kedah (56.6).

"Corak serupa dilihat bagi isi rumah dua orang, dengan Selangor pada 91.4 mata indeks, Putrajaya dan Pulau Pinang masing-masing 84.6 mata indeks, dan indeks terendah di Kelantan (58), Kedah (58.7) dan Perlis (58.8).

"Bagi isi rumah tiga orang, indeks secara umum lebih tinggi, dengan Selangor kekal mendahului pada 92.4 mata indeks, diikuti Putrajaya (84.8) dan Pulau Pinang (83.7), manakala terendah di Sabah (59.6), Perlis (60.6) dan Kedah (60.8).

"Untuk isi rumah empat orang, Selangor sekali lagi mencatat indeks tertinggi pada 91.3 mata indeks, diikuti Putrajaya (84.7) dan Melaka (83), manakala indeks terendah kekal di Sabah (59.4), Kedah (60.5) dan Perlis (60.9).

"Negeri dengan indeks tinggi seperti Selangor menunjukkan kos hidup lebih tinggi, manakala negeri dengan indeks rendah seperti Kelantan, Kedah, dan Perlis mencerminkan kos hidup yang lebih rendah tetapi masih wajar," katanya dalam satu kenyataan.

DOSM hari ini mengeluarkan Indikator Kos Sara Hidup, Malaysia, 2024 yang memberikan gambaran menyeluruh dan terperinci mengenai statistik kos sara hidup bagi isi rumah Malaysia pada tahun 2024, mencerminkan perbelanjaan yang diperlukan untuk kehidupan wajar dan penyertaan bermakna dalam masyarakat.

Indeks PAKW merupakan indikator baharu dalam penerbitan Indikator Kos Sara Hidup yang digunakan untuk mengukur tahap perbelanjaan yang diperlukan bagi mengekalkan kehidupan wajar di pelbagai lokasi.

Indikator ini bertujuan untuk menyediakan ukuran relatif purata perbelanjaan yang diperlukan bagi kehidupan wajar di peringkat negeri, daerah pentadbiran dan ibu negeri serta memudahkan perbandingan antara lokasi secara relatif.

Indeks ini diwujudkan dengan menetapkan Kuala Lumpur sebagai nilai rujukan (100), manakala semua lokasi lain diukur secara relatif terhadap nilai rujukan berkenaan.

Nilai indeks yang lebih rendah menunjukkan keperluan perbelanjaan yang lebih rendah untuk mengekalkan kehidupan wajar berbanding nilai rujukan, manakala nilai yang lebih tinggi mencerminkan keperluan perbelanjaan yang lebih besar.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, berdasar analisis Indeks PAKW dengan mengguna Kuala Lumpur sebagai rujukan, kos kehidupan wajar bagi isi rumah seorang di Kelantan jauh lebih rendah berbanding Kuala Lumpur iaitu 46.3 peratus lebih rendah.

Katanya, jika isi rumah seorang yang tinggal di Kuala Lumpur berbelanja nilai PAKW sebanyak RM1,000, ia hanya memerlukan nilai PAKW sebanyak RM537 jika tinggal di Kelantan.

"Seterusnya, bagi saiz isi rumah empat orang, kadar perbelanjaan wajar di Perlis adalah lebih rendah berbanding Kuala Lumpur iaitu pada kadar 39.1 peratus.

"Ini bermaksud jika isi rumah empat orang yang tinggal di Kuala Lumpur berbelanja nilai PAKW sebanyak RM1,000, hanya perlu berbelanja nilai PAKW sebanyak RM609 jika tinggal di Perlis," katanya.

Beliau, melihat perbandingan di peringkat daerah pentadbiran, hanya Petaling di Selangor yang mencatat nilai Indeks PAKW melebihi rujukan Kuala Lumpur bagi semua saiz isi rumah, daripada seorang hingga empat orang.

Bagi isi rumah seorang, Petaling mencatat indeks tertinggi pada 103.3 mata indeks, diikuti Gombak, Selangor (94.9) dan Johor Bahru, Johor (94.7), manakala indeks terendah dicatat di Pantu (27.8), Lingga (28.3) dan Sebuyau (29.1) di Sarawak.

"Bagi isi rumah dua orang, Petaling kekal tertinggi pada 104.8 mata indeks, diikuti Timur Laut, Pulau Pinang (94.9) dan Gombak (94.6), dengan indeks terendah di Pantu (29.9), Lingga (31) dan Membakut, Sabah (31.2).

"Analisis bagi isi rumah tiga dan empat orang menunjukkan trend yang sama, dengan Petaling terus mendahului, sementara Membakut mencatat indeks terendah. Bagi semua saiz isi rumah, indeks di Pantu kurang daripada sepertiga daripada Petaling, menekankan perbezaan ketara kos hidup antara daerah pentadbiran," katanya.


Sumber: BH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.915444 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list