CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 241|Reply: 1

Harga emas melepasi RM590 segram buat kali pertama dalam sejarah

[Copy link]
Post time 24-12-2025 03:33 PM | Show all posts |Read mode




BENGALURU: Harga emas melonjak melepasi paras AS$4,500 seauns (RM590 segram) buat kali pertama, manakala perak dan platinum turut mencatat paras tertinggi baharu.

Kenaikan itu berlaku apabila pelabur berpusu-pusu melabur dalam logam berharga didorong oleh permintaan aset selamat serta jangkaan bahawa kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan terus diturunkan tahun depan.

Harga spot emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$4,492.51 seauns hari ini, selepas mencecah paras tertinggi rekod AS$4,525.19 lebih awal dalam sesi dagangan.

Kontrak niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Februari naik 0.3 peratus kepada paras tertinggi AS$4,520.60.

Perak pula meningkat 1.2 peratus kepada AS$72.27 seauns selepas mencatat paras tertinggi sepanjang masa AS$72.70 sebelum itu, manakala platinum melonjak 3.3 peratus kepada AS$2,351.05 selepas naik ke paras tertinggi bersejarah AS$2,377.50.

Paladium meningkat hampir dua peratus kepada AS$1,897.11, iaitu paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

"Logam berharga kini semakin dilihat sebagai naratif spekulatif berasaskan idea bahawa dalam era nyahglobalisasi, pelabur memerlukan aset yang boleh bertindak sebagai perantara neutral tanpa risiko kedaulatan, khususnya ketika ketegangan antara AS dan China masih berterusan," kata Ketua Makro Global Tastylive, Ilya Spivak.

Spivak berkata, kecairan pasaran yang tipis menjelang akhir tahun telah memperluaskan pergerakan harga kebelakangan ini, namun tema yang lebih luas dijangka berterusan.

Katanya, emas menyasarkan paras AS$5,000 dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang manakala perak berpotensi meningkat menghampiri AS$80 apabila pasaran memberi reaksi terhadap paras psikologi utama.

Sepanjang tahun ini, harga emas melonjak lebih 70 peratus, iaitu kenaikan tahunan terbesar sejak 1979, didorong oleh permintaan aset selamat, jangkaan pemotongan kadar faedah AS, pembelian kukuh oleh bank pusat, trend dedolarisasi serta aliran masuk dana dagangan bursa (ETF) dengan pedagang menjangkakan dua kali pemotongan kadar faedah tahun hadapan.

Harga perak pula meningkat lebih 150 peratus dalam tempoh sama, mengatasi emas berikutan permintaan pelaburan yang kukuh, kemasukannya dalam senarai mineral kritikal AS serta pembelian berasaskan momentum.

"Emas dan perak seolah-olah 'menekan pedal minyak' minggu ini apabila terus mencatat paras tertinggi baharu. Ia mencerminkan daya tarikannya sebagai penyimpan nilai susulan jangkaan kadar faedah AS yang lebih rendah serta beban hutang global yang masih berlarutan," kata Ketua Penganalisis Pasaran KCM Trade, Tim Waterer.

Platinum dan paladium, yang digunakan terutamanya dalam penukar bermangkin automotif bagi mengurangkan pelepasan emisi turut melonjak tahun ini susulan bekalan lombong yang ketat, ketidaktentuan tarif serta peralihan permintaan pelaburan daripada emas.

Platinum meningkat kira-kira 160 peratus dan paladium naik lebih 100 peratus setakat tahun ini.

Spival berkata, apa yang dilihat dalam pasaran platinum dan paladium sebahagian besarnya adalah kenaikan susulan.

Katanya, sifat pasaran yang nipis menjadikan kedua-duanya terdedah kepada turun naik mendadak, walaupun secara umum ia bergerak seiring dengan emas apabila kecairan kembali normal.

-Reuters


Sumber: BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2025 09:01 AM | Show all posts
Rindu era Najib!! Era Najib mesti tidak ada kes macam ni. Bapak Transformasi Nasional (BASI) negara! Tiada pahlawan seperti ini sejak era Hang Tuah yang berani nak mampos seperti Najib @ BASI ini. Konsep Cash Is King yang diterap BASI inilah menjadikan rakyat Malaysia semua kaya-raya serta mewah ringgit kukuh lagi mengutuh sehinggakan ramai terus hantar surat pencen duduk rumah goyang kaki makan Super Ring sambil ber TikTok. Najib pemurah lagi mengasihani itu lah penangan BASI Pahlawan Bugis gemilang lagi terbilang-bilang tak mati dikeji, tak hidup kerana dipuji. Beruntunglah kita dapat pahlawan sepertinya yang pernah main golf dengan Obama demi menyelamatkan negara tercinta ini. Tuan-tuan, janganlah ingkari BASI nanti terima padah dan musibah banjir. Tengok Selangor cukup ler selalu takde air sebab melawan cakap BASI! Wang 1MDB, sebenarnya BASI nak simpan dalam akaun BankKerap untuk rakyat bertani tapi sayangnya dah masuk bank lain pulok. Sebagai mantan PM mustahil lah BASI nak check akaun sendiri... bilion je bukan trillion. Itu lah Melayu, ramai yang cemburu dengan kehebatan BASI mulut pink. Kejam sungguh kan para pemfitnah BASI termasuk lah hakim, loyar magistrate korang memang failed dah cam FELDA! Mana tidaknya sumpah laknat satu kampung boleh dengar sia-sia pasang speaker Harian Metro, CNN datang memang tak patut, tak patut. Ingatlah pesan keramat BASI, bayar cukai jangan melawan jadi pengkhianat sangat gais! Tak ingat ke duit BR1M idea BASI? Itu lah cash is king. Tuan-Tuan, BASI juga berpesan sedekahkan le apa yang korang ada. Bayarlah cukai termasuk hutang 1MDB sekali dah alang-alang demi maruah agama dan bangsa huntung-huntung BASI dapat layanan VIP, tahanan di rumah layan Netflix sambil ketik-ketik phone main FB. Itupun jika ada yg masih sayang negara lah dan ada otak akal. Itulah kehebatan pemimpin berjiwa rakyat yang tiada tolak bandingan yang bakal dapat gelaran Tun.
Beruntunglah negara yang pernah dapat pemimpin seperti BASI ini tuan-tuan.

(Kata-kata si Cai payment tengah hold)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.660255 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list