CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Momentum ekonomi Malaysia meyakinkan menjelang 2026 - DOSM

[Copy link]
Post time 23-12-2025 05:18 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Prestasi tahunan Indeks Pelopor (IP) pada Oktober 2025 lebih memberangsangkan dengan mencatatkan kenaikan 3.6 peratus kepada 116.2 mata daripada 112.2 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Katanya, ini menandakan momentum ekonomi yang optimistik menjelang 2026.

Sementara itu, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata lonjakan ketara ini dipacu oleh pertumbuhan dua digit yang kukuh dalam tiga komponen IP.

Beliau memberitahu, ketiga-tiga komponen IP berkenaan iaitu Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (51.2 peratus), Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain (39.2 peratus) dan Import Benar Semi Konduktor (32.4 peratus).

"ada masa yang sama, prestasi bulanan IP melonjak kepada 2.6 peratus pada Oktober 2025 selepas mencatatkan penurunan selama dua bulan berturut-turut, disokong oleh prestasi yang bertambah baik dalam Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain (1.8 peratus).

"erkembangan positif ini menggambarkan momentum ekonomi yang lebih kukuh menjelang 2026," katanya dalam satu kenyataan merujuk penerbitan Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi Oktober 2025 hari ini.

IP memberi petunjuk awal mengenai titik perubahan dalam kitaran perniagaan dan arah tuju ekonomi dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, DOSM berkata, selaras dengan peningkatan ketara dalam prestasi IP, trend arah aliran jangka panjang terlicin IP melepasi paras 100.0 mata pada Oktober 2025.

"Berdasarkan senario tersebut, prospek ekonomi dijangka lebih optimis pada masa hadapan disokong oleh aktiviti ekonomi yang menggalakkan terutamanya dalam import barangan perantaraan di samping prestasi yang memberangsangkan merentasi sektor ekonomi utama iaitu sektor perkhidmatan dan pembuatan," katanya.

Menurut DOSM, dalam menilai kedudukan ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) terus mencatatkan peningkatan tahunan yang memberangsangkan iaitu 2.7 peratus kepada 129.9 mata daripada 126.5 mata pada tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, pertumbuhan ketara 15.3 peratus dalam Nilai Caruman Benar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencerminkan aliran pendapatan pekerja yang lebih kukuh serta kesinambungan peluang pekerjaan.

"ada asas bulanan, IS turut menunjukkan perkembangan positif, 0.6 peratus yang sebahagian besarnya dipacu oleh kenaikan dalam Gaji dan Upah Benar dalam Pembuatan serta Nilai Caruman Benar KWSP, masing-masing menyumbang 0.2 peratus," katanya.




Sumber : -BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.510524 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list