CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 102|Reply: 0

Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - KM Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 23-12-2025 05:13 PM | Show all posts |Read mode





GEORGETOWN: Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang bersetuju meningkatkan rebat cukai tanah bagi 2026 daripada 32.5 peratus sebelum ini, kepada 50 peratus bagi meringankan beban pemilik tanah dan memastikan peralihan kepada kadar baharu cukai tanah dilaksanakan secara berperingkat serta terkawal.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata pemberian rebat cukai tanah itu tertakluk kepada kadar minimum yang ditetapkan dan kadar baharu cukai tanah akan kekal sekurang-kurangnya 10 tahun seperti diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828).

"Dalam hal ini, sekiranya amaun cukai tanah selepas rebat diberikan lebih rendah daripada amaun cukai tanah sedia ada yang telah dibayar pada tahun sebelumnya, maka amaun cukai tanah sedia ada akan diguna pakai.

"endekatan ini bertujuan memastikan keseimbangan antara kepentingan pemilik tanah dan keperluan hasil negeri," katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Menteri di Komtar di sini hari ini.

Selain pemberian rebat, Kon Yeow berkata permohonan rayuan pengurangan cukai tanah, tunggakan cukai tanah, tunggakan cukai tanah serta tunggakan denda lewat boleh dipertimbangkan melalui mekanisme rayuan di pejabat tanah bagi kes-kes tertentu.

Beliau berkata pertimbangan rayuan turut merangkumi pemilik tanah First Grade yang terkesan akibat perubahan kadar berdasarkan kegunaan semasa serta pemilik tanah terlibat dalam proses pengkelasan tanah daripada desa ke bandar.

Menurut Kon Yeow, semua permohonan dan keputusan rayuan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan selain mekanisme rayuan itu disediakan sebagai saluran kepada pemilik tanah yang terkesan secara signifikan akibat pelaksanaan kadar baharu cukai tanah.

Kon Yeow berkata bil cukai tanah akan diposkan kepada semua pemilik tanah pada pertengahan Januari depan, namun mereka boleh membuat semakan dan bayaran bil cukai secara dalam talian bermula 2 Januari.

Sebelum ini, kerajaan negeri juga bersetuju memberi pengecualian bayaran denda ke atas tunggakan cukai tanah dan cukai petak sebanyak 100 peratus mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2026 membabitkan tunggakan denda berjumlah RM25 juta.

Pada 19 September lalu, kerajaan negeri melaksanakan semakan kadar cukai tanah dan pengkelasan tanah desa ke bandar bagi seluruh Pulau Pinang selaras dengan peruntukan Seksyen 101 Kanun Tanah Negara (Akta 828) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.

Pelaksanaan semakan kadar cukai tanah tersebut melibatkan hampir 370,000 hak milik tanah di seluruh Pulau Pinang, merangkumi pelbagai kategori dan kegunaan tanah termasuk kategori kediaman, perniagaan, perindustrian, pertanian serta kategori-kategori khas lain. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.435271 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list