CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 117|Reply: 0

Kenyataan 'meraikan' boleh jejas kerjasama PH, BN dalam Kerajaan MADANI - Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming

[Copy link]
Post time 23-12-2025 04:26 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Kenyataan 'meraikan' yang ditulis bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin dalam media sosialnya, Facebook, sehingga mencetuskan perbalahan sesama parti gabungan boleh menjejaskan keupayaan Kerajaan MADANI untuk berfungsi dengan berkesan sepanjang berbaki dua tahun pemerintahan.

Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang juga bekas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), berkata tindakan sedemikian juga boleh mengancam kerjasama yang dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebelum dan selepas pilihan raya umum akan datang.

"Siapa tahu, ini mungkin antara tindakan yang mendorong BN mencari kerjasama lebih rapat dengan Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya akan datang, yang akhirnya merugikan PH dan penyokongnya.

"Dalam semangat Krismas, semoga kita dapat memaafkan, walaupun tidak semestinya melupakan, demi matlamat yang lebih besar iaitu perdamaian.

"Langkah ini supaya kita dapat secara perlahan memastikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk kita dan generasi akan datang selepas kita," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam, Bee Yin memuat naik hantaran berbunyi 'Another reason to celebrate this year end' (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) yang dipaparkan bersama pautan berita sebuah portal bertajuk 'No house arrest for Najib' (tiada tahanan rumah untuk Najib).

Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana Menteri itu bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Kenyataan Bee Yin itu membuatkan beberapa pemimpin BN terutama UMNO tidak berpuas hati dengan tindakan itu sehingga mencetuskan ugutan mahu memperhalusi semula kerjasama dengan parti membentuk Kerajaan Perpaduan.

Renteten polemik yang timbul, Kian Ming berkata, tidak perlu lagi mencurahkan minyak ke arah api yang sedang marak dengan membuat kenyataan yang mungkin boleh memburukkan lagi sentimen, terutama membabitkan pelbagai komuniti.

Beliau berkata, kenyataan sedemikian bukan saja kelihatan tidak peka tetapi juga boleh diibaratkan sebagai mengabaikan perasaan ramai komuniti Melayu yang mungkin tidak semestinya menyokong tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, mungkin ada pihak bukan dalam kalangan penyokong Najib tidak mahu melihat seorang bekas Perdana Menteri diaibkan sebegitu rupa.

"Sudah tentu (mereka) tidak mahu melihat pemimpin politik daripada sebuah parti yang kebanyakan meraka mereka tidak sukai, 'meraikan' keputusan mahkamah itu secara terbuka di media sosial," katanya.



Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.158221 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list